Saturday, 21 January 2012

Pengiraan Umur Haikal

Pada 11 Januari 2012, kami sekeluarga telah diarahkan oleh Hakim untuk hadir ke mahkamah untuk membantu kes pengurusan Haikal. Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama buat kami menjejakkan diri ke mahmakah, rasa gerun pun ada.

Kesimpulannya, hakim memaklumkan bahawa hospital Kuala Lumpur telah mengaku bersalah dan akan menaggaung ganti rugi atas kelalaian pihak mereka sehingga menyebabkan Haikal mengalami kerosakan otak. Namun begitu, hospital Putrajaya tidak mengaku terdapat kelalaian ketika menyambut kelahiran Haikal, dengan menyatakan Haikal tidak mengalami sebarang kecacatan semasa lahir yakni Haikal merupakan bayi yang sihat semasa lahir kecuali mempunyai masaalah bahagian pernafasan sahaja.

Sehubungan dengan itu, Hakim telah mengarahkan semua pakar perubatan untuk datang ke mahkamah untuk melihat balik sekiranya terdapat kelalaian oleh hospital Putrajaya. Selain itu, mahkamah telah menetapkan perbicaraan akan dijalankan pada februari depan.

Apa yang menyedihkan diri aku adalah ketika semua pihak masih tidak dapat menetapkan jangka hayat Haikal bagi memudahkan tuntutan dibuat. Ada yang mengatakan Haikal boleh hidup sehingga 50 – 60  tahun dan ada yang mengatakan Haikal hanya boleh hidup sehingga 15-20 tahun sahaja. Bagi seorang ibu bukanlah tuntutan itu yang menjadi keutamaan tapi rasa sebak yang amat sangat bila semua orang membicarakan jangka hayat anak yang disayangi.Hati ini sebak tersangat2 ketika itu, rasa mahu keluar dari situ pun ada tidak mahu mendengar semua yang dibicarakan.

Tapi sebagai seoarang ibu sudah tentu aku akan mendoakan agar anak yang amat dicintai ini sentiasa sihat dan panjangkanlah umurnya. Bukan itu sahaja, panjangkan jua umur ku supaya boleh terus menjaga Haikal…Ameeennnn…

110120121176
(Kami semasa di Mahkamah Jalan Duta)

1 comment:

Ikhtiar.Sofea.Azzahra said...

Sis Yasmien:
Bagaimana saya dapat menghubungi puan
Saya Mazni juga mempunyai anak istimewa disahkan cerebral palsy dan menggunakan "tube" untuk makan/minum.

ini email saya:

mazni.irsa@gmail.com
ikhtiar.sofea.azzahra@gmail.com

ini blog saya:http://www.ikhtiar-sofeaazzahra.blogspot.com/