Malam tu (21 /12 /2011) teringin sangat nak makan fish & chip sebab sehari sebelum tu ada lawatan tapak (pasal keja) kat negeri Sembilan. Kami telah disajikan dengan makan di Mary Brown dan aku telah order fish & chip bersama teh tarik. Ya allah sedapnye rasa sehingga balik dari sana asyik teringat-ingat je. Detik hati ini berkata mungkin baby kat dalam perut ni yang nak, kira aku mengidam la tu. Aku mengandung dah 14 minggu waktu tu. Sebenarnya kandungan ketiga ni memang menggembirakan seisi keluarga maklumlah dah nak masuk 4 tahun baru mengandung balik. lagi satu aku sangat2 bersyukur kerana setelah pelbagai cabaran yang dilalui oleh kami sekeluarga bersama Haikal akhirnya Allah bagi lagi rezeki, memang bahagia sangat ditambah pulak dengan Aisyah yang sememangnya suka sangat nak adik baru.
Siang itu, aku minta Ayu dan shira bawakan aku ke Mary Brown UPM, mengidam punya pasal mereka bawalah aku tapi sampai kat sana restoran tu dah lama tutup. Makan KFC je lah tengahari tu. Malam tu En. suami cari jugak mana restoran yang berdekatan akhirnya dapat jugak kat South City Plaza Seri Kembangan. Ya allah rasa puas sangat makan fish& chip, memang sedap sambil aku mengurut perut yang semakin besar dan berkata akhirnya dapat jugak anak ummi makan ye. Lepas beli sedikit barang dapur kat Giant aku dan suami pun pulang. Aisyah tak ikut kebetulan tidur awal. Sampai rumah dalam pukul 9.
Dalam pukul 10 aku rasa sakit perut, rasa macam nak buang air besar je terus ke toilet. ingatkan lega pas tu tapi sakit tu datang balik. Tapi kali ni aku rasa bukan sakit perut tapi rahim aku yang sakit. Suami cakap tak ape kot gi tido la awak tu letih. Memang bulan ni aku keletihan sebab dua kali outstation ke PD dan Melaka. Aku pun gi la tido, makin lama aku rasa makin kuat pulak sakit, kadang2 rasa cam sakit kontraksi nak bersalin. Makin lama makin kuat. Pukul 12 masih lagi sakit, aku mengadu kat suami sakit sangat jom kita gi hospital tapi tak nak hospital gomen nak gi swasta, suami kata ish awak ni tak pe hospital serdang dekat je. Aku tak berapa setuju dengan suami, dalam hati aku rasa mungkin tak ade apa2 kot, mungkin letih ke atau sebab makan tadi ke. Aku bangun nak gi bilik air, rasa cam nak bersihkan diri dan nak solat sebab tadi balik terus tido sebab nak tahan sakit. Aku bangun je rasa cam air ketuban pecah terus bukak seluar bukan air ketuban tapi darah, ya allah apa ni? aku jerit terkejut dan rasa ketakutan. aku masuk bilik air pastu rasa cam ada daging lembut keluar. ya allah babay aku. Antara sedar tak sedar,panik ketakutan aku gagahkan diri minta suami call ambulan dia pun dah ketakutan tengok baby tu dan darah yang banyak. Aku bersihkan diri dan minta suami ambil baby tu kat lantai bilik air, sekejap tu ambulan datang dan aky dimasukkan ke bahagian separa kecemasan dibahagian hospital serdang.
Sampai kat sana memang darah keluar tak henti2 banyak sangat dan doktor telah melakukan pemeriksaan dan ketika itu aku rasa darah berketul-keluar banyak sangat menurut doktor itu adalah uri atau plasenta. Dalam pukul 3 pagi aku dimasukkan ke wad 6B sebab doktor kata macam ada incomplete abortion, mungkin esok kena buat D&C kalau masih lagi tak keluar semua. Malam tu aku diminta berpuasa start pukul 4 pagi. Suami pegi belikan roti dan air bagi aku makan katanya takut lapar nanti kena puasa. Malam tu aku tido dalam kesakitan yang amat, tapi pendarahan agak berkurangan. Esoknya setelah scan doktor kata memang kena buat D&C. Pagi sebelum itu, suami ke masjid UPM mennguruskan pengkebumian baby kami. Baby sebenarnya da cukup sifat, dah ada kaki,tangan, mulut mata hidung, oleh itu menurut ustaz baby perlu dimandikan dikafankan tapi tak perlu disembahyangkan kerana tidak ada roh kerana tak cukup 4 bulan (16 minggu) lagi.
(2 minggu sebelum tu sempat gi scan- doktor kata baby sihat, ini jelah kenangan yang ada untuk dia…)
(Tinggal kenangan – dah buat kad merah)
Ji tak pe ye…lain kali kita cuba lagi dapatkan baby, kata aku pada suami. Eh tak pe lah kan semua yang ada kat dunia ni milik allah..tak pe jangan sedih semua tu kehendak allah kita tak ade kuasa sambil mengusap-usap rambut aku. Sebenarnya next apoointment pemeriksaan baby adalah 7/1/2012, doktor kata boleh tengok jantina, doktor juga pesan bawa Aisyah sekali boleh dia tengok mesti dia seronok, tapi tak ade rezeki tak pe ye Aisyah nanti dapat adik lagi…
(Masa kat Hospital Selepas D&C – aku rasa muka aku masa ni sebijik macam arwah mak aku masa sakit melawan barah suatu ketika dahulu)
No comments:
Post a Comment