Monday, 16 January 2012

Today is My Birthday…

Hari ni  16 Januari 2012 genap umur aku 33 tahun, alhamdulillah syukur sangat setelah menempuhi segla ujian Allah masih panjangkan usia aku, terima kasih  ya Allah. Rasa sayu sangat bile menerima banyak ucapan dari rakan2 melalui FB dengan memberi kata2 semangat dan tidak kurang jugak yang mengucapkannya melalui private massage dan Google  Chat. Terasa diri bukan sorang tapi masih ada ramai rakan dan sahabat yang sudi memberi sokongan. Paling best Shira belanja makan KFC dengan slice a cake, comel sangat keknya kecil tapi amat bermakna buat aku. Sayang Shira, k.min tahu walaumacam manapun She, She ada sekeping hati yang baik. Juga untuk seorang sahabat ni yang memberi ucapan melalui Google Chat, terharu dengan kata2nya walaupun tak rapat tapi still boleh jadi sahabat yang baik. Terima kasih ya Allah, sesungguhnya sahabat merupakan sebuah anugerah yang tak terhingga pada diri aku yang serba kekurangan ini.
Ok itu citer FB dan kat ofis, balik dari sana suami tercinta telah meraikan ulang tahun dengan memberi bunga, tiga kuntum  “i luv u”  katanya. Aisyah pilih kek kecik macam dia jugak, kami makan kat paparich. Balik dari makan baru potong kek sebab nak sambut dengan Haikal, sebenarnya susah sikit bawa Haikal lagi pun waktu tu time dia makan tak leh kacau.
Hmmmmm, sambutan yang sangat sederhana tapi amat bermakna untuk diri ini. Bersempena dengan birthday ni aku berdoa semoga keluarga ku sentiasa di dalam rahmatnya, keredhaan  dan lindungannya. Juga untuk sahabat dan rakan2.
Satu pinta ku lagi pada Allah “Ya Allah panjangkan umurku supaya ku dapat memelihara dan menjaga amanahmu yang sangat istmewa iaitu Haikal”
160120121193
(Birthday kek dari Shira…thanks..luv u..)

160120121195
(Gift from husband and children)
Image0764
(Makan kat PapaRich)
Image0766
(Thanks sayang for everything)
160120121210
(Terima kasih ya Allah atas dua anugerah ini)

No comments: