Saturday 17 November 2012

Puisi Untuk 6 Jahanam



Malam ini sangat gelisah
Mengenangkan peristiwa pahit itu
Rasanya telah lupa semuanya
Namun satu-satu khabar datang membawa petunjuk

Mula semuanya seperti mengambil berat
Mulanya semuanya seperti mengambil tahu
Mulanya semuanya seperti memberi simpati
Mulanya semuanya seperti memberi semangat

Mungkin kamu semua telah penat
Mungkin kamu semua telah muak
Mungkin kamu semua telah jemu
Mungkin kamu semua telah bosan

Hanya kerana dia yang sangat istimewa itu
Hanya kerana secebis kebahagian yang dimiliki
Hanya kerana suka menceritakan
Hanya kerana rasa ingin meluahkan

Maafkan aku wahai teman kerana terlupa apa yang diperkatakan
Maafkan aku wahai teman kerana selalu mencuri masamu
Maafkan aku wahai teman kerana terpaksa membenci diri ini
Maafkan aku wahai teman kerana membuatkan hidup kalian tidak tenang

Mungkin aku yang terlebih kata dalam tidak sedar
Mungkin aku  tersalah pilih teman untuk bicara
Mungkin aku yang penuh salah sangka
Mungkin aku yang kurang bijak menilai

Musibah yang menimpa
Hanya senyum tawar darimu
Kesedihan yang menimpa
Hanya  hati yang keras kau tunjukkan


Suatu perancangan yang hebat nantilah perancangan hebat dari Allah
Suatu fitnah yang amat besar nantilah hukuman dari Allah
Suatu pendustaan yang amat kejam nantilah balasan dari Allah
Suatu rekaan cerita penuh penipuan nantilah azab dari Allah

Namun mengapa tidak pernah ke depan jika kamu semua benar
Namun mengapa perlu bersembunyi  jika kamu semua benar
Namun mengapa perlu  bersangsi jika kamu semua benar
Namun mangapa perlu adanya fitnah jika kamu semua benar


Kamu golongan yang sangat kotor hatinya
Kamu golongan yang sangat  bermuka-muka
Seperti kamu itu munafik
Seperti kamu itu pembelot

Pembawa berita kata kau kata  aku tidak sedar diri
Pembawa berita kata  kau kata aku tidak ada perasaan
Kau kata aku terlalu negative
Kau kata aku tak layak untuk mengecapi kebahagiaan

Tapi aku terlalu bijak menafsir berita
Aku terlalu bijak untuk tidak menyerang
Aku terlalu sabar untuk mengeratkan ukhuwah
Semuanya kerna aku pilih untuk bahagia

Kau kata pemberita kata aku cemburu
Kau kata pemberita kata aku dengki
Kau kata pemberita kata aku  khianat
Kau kata penberita kata aku hipokrit

Mengapa terlalu bodoh untuk percaya
Mengapa terlalu bodoh untuk mengikut
Mengapa tidak belajar dari masa silam
Mangapa tidak ke depan untuk bersuara


Asalnya aku sama sahaja seperti kamu
Berasa seronok  bersama memakan daging saudara
Mencipta bahagia atas kesengsaraan orang lain
Merasa bahagia mencipta sebuah cerita dongeng

Bila diri tehantuk batu baru sedar
Mula lihat betapa buruknya diri ini
Mula sedar siapa kawan siapa lawan
Mula tahu diri telah terjerat kerna kesilapan sendiri


Namun pencipta diri masih sayang
Namun pencipta diri masih memberi rezeki
Ada lagi manusia mempunyai hati yang tulus
Kehidupan baru kusambut dengan syukur

Terima kasih kepada 6 jahanam
Kernamu aku belajar hidup
Terima kasih pada yang membantu
Kerna kamu aku belajar bersyukur



Tuesday 13 November 2012

Kronologi Kes Haikal


Sebenarnya banyak yang nak dicerita pasal kes Haikal menyaman kerajaan Malaysia ni terutamanya time perbicaraan, tapi memandangkan kesuntukan masa yang teramat dan kesihatan yang tak mengizinkan telah tak sempat nak update blog. Tapi untuk ringkasan kes untuk entry kali ni saya bagi kronolgi dulu, cite yang panjang mengenai situasi perbicaraan  akan dimuatkan pada entry yang akan datang.

Sebenarnya bagi kes saman kerajaan Malaysia terutamanya kanak-kanak macam Haikal had umur mestilah 3 tahun, dan pihak  peguam akan membuat kajian terlebih dahulu  dulu kes samaada boleh menang atau tidak selepas itu barulah pihak mereka akan lakukan saman, sebab bukan senang nak saman pihak kerajaan ni.

KRONOLOGI KES SAMAN MUHAMMAD ADAM HAIKAL BIN ABDUL SALIM

BIL
TARIKH
PERKARA
1.18.4.2011
Saman dikeluarkan oleh kami melalui pihak peguam Zarina G.T Vanan & Associated terhadap Kerajaan Malaysia
2.
29.6.2011
Permohonan urusan laporan kesihatan Haikal yang terkini termasuk pengiraan kos perbelanjaan yang terlibat dikeluarkan bagi membantu kes hospital kerajaan dan swasta turut terlibat dalam membantu memberi laporan.
3.
15.7.2011
Pengurusan kes di Mahkamah tinggi
4.
15.9.2011
Pengurusan kes di Mahkamah tinggi
5.
16.11.2011
Kes pengurusan terakhir
6.
11 . 1. 2012
Haikal dibawa ke mahkamah bagi membantu kes pengurusan khas bagi pengiraan umur Haikal untuk memudahkan pengiraan kos pampasan.
Turut dimaklumkan bahawa salah sebuah hospital ke 2 yang terlibat di dalam kes ini  telah mengaku kesalahan dan tidak akan dibicara. Perbicaraan hanya untuk Hospital ke 1
7.
9. 2. 2012
Perbicaraan kes Haikal bermula oleh Hakim 
8.
1.10.2012
Keputusan oleh mahkamah tinggi mendapati pihak ke dua - dua bersalah kerana lalai menguruskan kelahiran Haikal di Hospital 1 dan telah menyebabkan Hospital ke 2 menanggung kesalahan. Kelalaian yang dilakukan oleh pihak hospital telah menyebabkan Haikal mengalami kelumpuhan otak dan telah dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Jumlah pampasan yang akan diperolehi oleh Haikal adalah sehingga umur 40 tahun
Mahkamah telah memberi peluang kepada pihak Kerajaan Malaysia mengemukan rayuan terakhir pada 1. 11. 2012
9.
1.11.2012
Pihak kerajaan Malaysia tidak mengemukan rayuan ini bermakna Haikal telah menang kes.Mahkamah meminta pihak kami melakukan laporan kesihatan Haikal yang terkinibagi tujuan pengiraan kos tanggungan.


RINGKASAN KES

Muhammad Adam Haikal dilahirkan pada 18.4.2008 Jumaat 2.15 petang. Pada hari pertama kelahirannya didapati  Haikal mempunyai masaalah pada bahagian pernafasan kerana terdapat bunyi yang agak pelik semasa bernafas. Haikal telah dimasukkan di NICU bagi rawatan lanjut. Malangnya pada hari 3 kelahiran Haikal mengalami sesak nafas dan telah divantilate semasa dibawah penjagaan pihak hospital. Kes Haikal telah dirujuk kepada Hospital ke 2 setelah mendapati terdapat ketumbuhan atau nama saintifiknya Subglotik Granuloma pada trachea.

Pihak Hospital ke 2 telah membuat 2 kali prosedur untuk membuang granulamo namun begitu, Haikal masih lagi tidak boleh bernafas dan masih bergantung pada vantilator mesin. Akhirnya Dr. membuat keputusan untuk menjalankan prosedur tracheostomi pada Haikal pada 6.6.2008. Menurut Dr. prosedur ini adalah untuk jangka pendek sahaja sehingga Haikal boleh bernafas sendiri.  Tetapi malangnya pada hari kelima 11. 6. 2008 trachei telah  Haikal dislose  semasa dibawah penjagaan pihak Hospital ke 2. Akibat daripada itu, Haikal telah berhenti bernafas selama 20 minit (mengikut laporan  dr semasa itu).

Haikal telah didignosekan sebagai Cerebral Palsy, dan keadaanya sekarang masih memakai trachei  dan masih belum boleh berjalan. Haikal juga memerlukan mesin penyedut kahak  kerana tidak pandai menelan air liur.

Hasil penyiasatan Mahkamah sebenarnya, sewaktu proses kelahiran saya iaitu ibu Haikal mengalami kesukaran untuk bersalin biasa, namun begitu Dr telah memaksa untuk melahirkan juga dan telah menyebabkan berlakunya  kekasaran pada trachea Haikal. Sebagai makluman tambahan, pada kelahiran pertama saya melahirkan secara pemedahan berikutan kesukaran bersalin. Pihak hospital ke 1 juga telah lambat mendignose Haikal yang mempunyai masaalah pada Trachea dan telah menyebabkan Haikal sesak nafas pada hari ketiga kelahiran.

Sunday 11 November 2012

Horrey Aisyah dah Bergraduat


Alhamdulillah minggu lepas 3 November 2012 dah selamat bergraduat daripada PASTI Ainul Mardhiah. Sebenarnya cikgu dah salah bagi info waktu, dimana dalam surat inform pukul 1 tapi sebenarnya pagi 8.00 – 1.00 tengahari. Nasib baik cikgu call pagi tu inform ada kesilapan, apa lagi bergegaslah kami anak-beranak untuk ke Stadium Tertutup MPSJ Serdang. Nasib baik sempat lagi.
Rasanya masa cepat berlalu, rasanya baru lagi melahirkan puteri ummi ni sedar-sedar dah nak naik darjah satu tahun depan. Sebak pun ada.
Next day pulak 4 November 2012, berlangsung pula majlis kecemerlangan pelajar PASTI. Pada majlis tersebut aisyah buat persembahan nasyid.
Rasa seronok bila melihat anak-anak kecil gembira dengan mendapat hadiah masing-masing lebih-lebih lagi yang dapat nombor 1,2 dan 3. Tapi yang lebih rasa seronok bila melihat anak-anak yang belajar disini pandai baca doa dan bersemangat bila nasyid PASTI dimainkan.
Kami rasa lagi sebak bila ada ibu bapa yang bertanya, lepas ni  bolehlah hantar adik Aisyah pulak ye kesini? bergenang air mata. Kami terpaksa menjelaskan adik Aisyah merupakan anak istimewa dan berkemungkinan dia akan masuk tadika khas. Tapi jauh dalam hati, diri ini berdoa Haikal pun boleh masuk ke sini, mengenangkan usia Haikal baru 4 tahun, perlukan 2 tahun lagi merawat dia dan insyaallah tepat usianya 6 tahun bolehlah daftar masuk sini. Ameeeeen….moga termakbul doa ini.
Apa pun untuk puteri ummi dan abah yang amat kami cintai ini, tahniah dan ingat gandakan usaha bila masuk darjah satu nanti. Aisyah tak dapat nak score tahun ni sebab demam 2 minggu masa nak exam, tapi apapun sebenarnya pencapaian Aisyah amat membanggakan dengan mendapat A hampir semua subjek cuma ada 3 B sahaja. TAHNIAH!! and we always luv u…deep in our heart….Smile

SUASANA MAJLIS KONVO AISYAH 2012

031120122594

031120122595

031120122598

031120122599

  

031120122600

031120122601

031120122606

031120122609

031120122611

031120122613

SUASANA MAJLIS KECEMERLANGAN PASTI AINUL MARDHIAH 2012

041120122622

041120122623

041120122625

041120122628

041120122630

041120122631


LAGU TEMA PASTI …..KENANGAN UNTUK AISYAH SELAMANYA…..

Friday 9 November 2012

Rumah Kami Di naiki Air

 

4 September 2012, akibat hujan yang lebat yang amat petang tu, seluruh Taman Seri Serdang dinaiki air, termasukklah rumah kami. Air naik hingga paras lutut, seluruh rumah diteenggelami air. Otak waktu tu kosong tak tahu nak buat apa ditambah lagi mengenangkan keadaan Haikal yang begitu resah dan gelisah. Dalam kedaan air dalam rumah sukar untuk Haikal nak duduk disitu lagi, bukan apa takut kalau – kalau terjatuh dalam air dah la dia pakau trachei. Dalam pada tu terfikir kalau ada benda pelik-pelik masuk rumah macam mana dengan anak-anak. Aisyah dah menangis sambil pegang muqaddam dan berdoa “YA ALLAH HENTIKANLAH HUJAN YA ALLAH, HENTIKAN BANJIR INI YA ALLAH”, dalam rasa gelisah tu geli hati jugak ada tengok gelagat dia. Tanpa sedar aku pun dah mula nangis, bila lihat semua harta benda mula musnah satu-satu.

Akhir sekali dalam hujan renyai2 kami sekeluarga terpaksa redah untuk keluar juga dari kawasan itu, Allah sahaja tahu macam mana sukarnya kami keluar dari situ dengan air di kawasan depan rumah naik hingga paras pinggang, bawak Haikal part Haikal memang kena hati-hati sebab tak boleh buat kesilapan walau sikit seperti terjatuh dalam air. Kereta dah la parking jauh dari rumah, sebab masa balik keja memang tak boleh nak bawak masuk rumah sebab air dah naik tinggi. Dalam tempoh 3 jam baru kami sampai di rumah pakcik di Puchong. Malam tu memang jem yang amat sangat sebab banyak laluan ditutup. Tapi apapun Alhamdulillah sekurang-kurangnya kami semua selamat lebih-lebih lagi Haikal.

Esoknya pagi-pagi aku, husband and adik ipar bersama dua orang pekerja balik rumah Serdang, dan mulalah acara membersih rumah. Hari tu, seluruh penduduk Taman Seri Serdang sibuk membersihkan rumah masing-masing….

(BIAR GAMBAR YANG MENCERITAKAN SEGALANYA – TAK SEMPAT NAK AMBIL GAMBAR SEMASA KEJADIAN HANYA SEMPAT AMBIL SETELAH AIR SURUT)

050920122414

 

 

 050920122415

 

 

050920122416

 

 

 

050920122417

 

 

050920122419

 

 

050920122420

 

 

050920122421

 

 

050920122424

 

050920122425

 

 

050920122426

 

 

050920122427

 

 

050920122428

 

 

050920122429

 

 

050920122430

 

 

050920122431

 

 

050920122432

 

 

050920122433

 

‘KEROSAKAN DAN KERUGIAN TIDAKLAH SEBESAR MANA JIKA DIBANDINGKAN KESELAMATAN NYAWA ANAK ISTIMEWA INI DIMANA KEADAAN RUMAH SEMASA BANJIR TIDAK MENGIZINKAN DIA UNTUK TERUS TINGGAL DALAM RUMAH YANG DILANDA BANJIR, DITAMBAH DENGAN  MESIN SEDUT KAHAK BOLEH TAHAN SEHINGGA 3 JAM SAHAJA.’

 

18042011242-1