Friday 25 August 2017

UMRAH 2014

     Alhamdulillah pada Disember 2014, kami telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan ke Mekah untuk melakukan ibadat umrah. Walaupun terdapat pelbagai halangan yang mendebarkan akhirnya dapat juga kami menjejakkan kaki di bumi Mekah. Plan mulanya bawa Haikal dan bibik sekali kesana, semua persiapan telah dilakukan namun pada hari hendak check in, Haikal tidak dapat masuk kerana gagal menyatakan keadaan kesihatan Haikal. Pihak penerbangan Emerate telah mensyarat beberapa peraturan bagi anak2 seperti Haikal dan sepatutnya perlu declare  seminggu sebelum tarikh penerbangan. Entah dimana silapnya, perkara ini sangat sensitif tetapi tidak dapat dinyatakan disini atas sebab menjaga nama dan aib orang barangkali. Atau boleh menjejaskan imej duniawi seseorang. ABoleh sahaja bersuara, tetapi tidak terdaya. Allahu, moga diampunkan dosa ummi dan dosa mereka. Hati remuk Allah sahaja tahu. Sehingga hari ini jika dikenangkan tidak akan dapat kami lupakan. Akhir sekali dengan berat hati kami terpaksa meninggalkan Haikal bersama bibik. hancur luluh hati ini, berkecai berkeping2. 'Tak pe ibu..ibu pergilah ini adalah panggilan Allah untuk ibu dan bapak..yakinlah saya akan menjaga Haikal dengan penuh tanggungjawab. Ini semua adalah takdir Allah dan terbaik untuk Haikal..kita sama2 doa..Allah ada untuk Haikal...'pujuk bibik dalam nada sebak. Bayangkan kami terpaksa meninggalkan Haikal anak kurang upaya kami yang tidak pernah kami tinggalkan walaupun sesaat ditangan orang lain saya ulang sekali lagi ANAK KURANG UPAYA...ANAK KURANG UPAYA...namun berbekalkan kisah pedoman nabi Ibrahim yang sanggup berkorban kerana Allah dalam menjalankan tugasnya sebagai Rasul, juga berdepan dengan ujian berpisah dengan anak kesayangannya nabi Ismail ketika masih bayi  dan ketika diperintah oleh Allah untuk menyembelih nabi Ismail untuk dijadikan korban. Beliau telah melakukan semua perintah Allah dengan penuh tanggungjawab. Kami melangkah ke Mekah dengan hati yang sangat2 hancur,  ummi..abah..Aisyah dan Yusuff .

       Namun keajaiban telah berlaku, sebaik sahaja dibumi Madinah hati yang gundah gulana menjadi sangat2 tenang, ajaib sangat perasaan itu. Allah...Allah...Allah...dia yang memegang hati ini, dia yang memberi ketenangan ini. Saat itu bermulalah perjalanan umrah di HARAMAIN. Untuk permulaan kami tinggal di Madinah lebih kurang 3 hari selepas itu ke Mekah 5 hari dan kembali semula ke Madinah selama 4 hari.

      Keseluruhan perjalanan kami sangat tenang, waktu itu musim sejuk, nyaman sangat. Raudhah menjadi saksi air mata ini dan tangan yang menadah memohon segala doa. Sangat teruja apabila dapat sembahyang dan memohon doa dibetul2 pintu kaabah. Menyelusuri perjalanan Madinah ke Mekah yang dihiasi gunung ganang, menyatakan di dalam hati betapa besarnya pengorbanan Rasulallah dalam memperjuangkan agama islam, takjub apabila mengenangkan Rasulallah mennyelusuri perjalanan yang gersang ini ketika peristiwa hijrah. Ada ketika berkata dalam hati ' kasihannya rasulallah'.

     
         Apa yang pasti..kenangan ini tidak akan dapat kami lupakan, lebih2 lagi si Aisyah yang sangat2 teruja dengan pengembaraan ini. Paling tidak dapat dilupakan ialah dia sanggup menaiki jabal rahmah dengan penuh semangat dan berdoa ' Ya Allah bagilah ummi dan abah bersama sampai bila2'..Allah..Allah...Allah...doa anak kecil...insyaallah makbul doanya.

MASJIDIL NABAWI

     
 PERKARANGAN  MASJID NABAWI



MAKKATUL MUKARRAMAH





























































Tuesday 15 August 2017

HOSPITAL, PESAKIT DAN PENJAGA (ADAB MELAWAT ORANG SAKIT)

       Diantara kenangan bersama Haikal yang tak dapat dilupakan adalah HOSPITAL....

Hospital adalah rumah kedua Haikal...dan bila admit sahaja akan selalunya Haikal akan berada di hospital paling sekejap pun 5 minggu...dan paling lama pernah berada dihospital selama 6 bulan....semua ini berlangsung sehingga 8 tahun hayat Haikal...
Hospital banyak memberi pelajaran..pengajaran dan pengalaman yang tak dapat dilupakan...
Pada mulanya ramai yang datang melawat...lama2...sedikit...jarang2...dan akhir sekali dah tak datang...ada yg tidak datang melawat tp masih bertanya khabar melalui phone atau orang terdekat...ada yg memang tak datang melawat langsung dan tidak bertanya khabar langsung...
Ada pelbagai karenah si pelawat yg datang yg boleh diterangkan melalui soalan dan kelakuan mereka:

1. Sakit apa pulak ni?...Doktor kata apa? Bila boleh keluar?
2. Kenapa asyik masuk hospital je dia ni ye?
3. Sebenarnya plan tak nak datang pun tapi.....
4. Anak saya pun demam tapi makan ubat dan antibiotik yg doktor bagi kat klinik tu cepat je sembuh...lagi pun anak saya makan makanan berkhasiat...
5.Ish...dengar masuk hospital ni takut je rasa kan....doa dijauhkan lah
6. Lama ye dia kalau masuk hospital?
7. Tak bawak dia jumpa ustazke...sapa2 mana2 ke?...takut sakit lain ni...lama sangat kat hospital...
8. Dia makan ikut tiub ni ye? kenapa dia bernafas macam tu? Beli kat mana mesin ni?dia mandi macam mana kat sini? kena masuk air ni lama ke?kamu lalu nak makan ke bila sedut kahak dia ni?
9. Kesiannya dia...tengoklah tangan dia...cucuk sana sini...kena ambil darah...doktor ni seksa dia ni...
10. Sabar ye...insyaallah Haikal pasti sembuh...
11. Suatu hari nanti bila Haikal dah besar...bila kenang semua ni dia akan sayang awak sangat2...
12. Tenang kan hati...Allah ada bersama awak...Allah jaga Haikal...
13. Ada yg datang tak sampai seminit dah nak balik...air matanya keluar tanpa henti...akhir sekali minta izin nak balik....


Keadaan kami?runsing...bimbang...dan perhatian sepenunhnya akan diberikan hanya pada Haikal...dan kalau ada tergurispun paling tidak ambil phone dan update status...
Dengan membaca komen2 positif pun terubat hati....kata2 baik tu bagai ubat buat kami....



==============================================================================

Hadis berkaitan:

"Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa." (Riwayat at-Tirmizi)


“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


==============================================================================

Adab melawat orang sakit:

1. Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Digalakkan membawa buah tangan yang bersesuaian. Tp ikut keperluan...
3. Membersihkan tangan sebelum bersalam dengan pesakit. Kalau dihospital telah disediakan hand sanitizer...jangan lah nak terasa hati jika diminta berbuat demikian...sebab tangan adalah agen kuman..
4.Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi.
5.Mendoakan pesakit agar cepat sembuh.
6.Memberi kata-kata semangat dan menggembirakan pesakit.
7. Keluar dari bilik sekiranya doktor atau jururawat memeriksa keadaan pesakit.
8. Sesuaikan waktu ziarah dan pendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat.Bukan sahaja pesakit penjaga pun perlu rehat.
9. Mengetahui keadaan sebenar pesakit, sama ada dia mempunyai harapan untuk sembuh, kritikal atau sekadar sakit biasa.
10. Perlahankan nada dering telefon bimbit atau menukar ke dalam mod diam atau getaran.
11. Tidak bercakap kuat2...takut terganggu pula pesakit yang lain.


==============================================================================


     Melalui pembacaan perkongsian kisah Balqis dimata kami disisinya...ada mencerikatan bab pelawat luar biasa...ya pelawat yg akan bertanya si penjaga...memeluk mereka erat...bertanya dah makan atau belum...memandang wajah si penjaga penuh kasih dan empati....suatu perkongsian yang sangat berharga....amat terkesan buat saya walaupun bacaan tersebut telah dibaca 2 tahun yg lalu....tidak ramai yang boleh menjadi pelawat luar biasa itu...termasuk diri ini ketika melawat pesakit...


Friday 23 December 2016

Kelahiran :Muhammad Arman Yusuff Shah


Assalamualaikum,

Masyaallah lamanya tak update blog, dah berabuk dah rasanya..heheh...nak mula menulis cerita pasal kelahiran anakanda ummi ni lah Yusuff. Anak ummi dah 2 tahun dah tahun depan 2017 dah 3 tahun. Sepanjang mengandungkan Yusuff alhamdulillah semuanya berjalan lancar..cuma bila masuk usia kandungan 8 bulan Dr. Fatimah scan nampak macam air ketuban banyak...aduhhhh..ini memang buat ummi fobia...mulalah pencarian maklumat di intenet..apa kesan air ketuban banyak oada baby...macam2 maklumat dapat..salah satunya risiko baby lahir premature...dan air  ketuban banyak boleh menyebabkan tali perut iaitu plasenta putus tiba2 dan akan menyebabkan kematian kepada baby...Allah..allah...allah...pada Allah sahaja ummi memohon doa...hari2 ummi doa agar kandungan ini selamat.

Dalam pada itu pulak, tiba2 Haikal admit kerana jangkitan kuman.Tapi nasib baik tak lama seperti selalu. Kali ini hanya seminggu. Mujur bibik ada. Abah pula outstation waktu itu.Mencabar jugaklah bagi ibu yg sarat mengandung hantar anak ke emergency pada waktu malam dan waktu tu terpaksa heret Aisyah sekali, hantar naik wad, hantar barang2 keperluan lagi. Nasib baik bibik tunggu kat hospital. Setiap hari ummi akan datang melawat Haikal 2 kali. Sedikit ujian juga bila memikirkan bagaimana nak bawa turun Haikal time keluar hospital pula, dengan kedudukan wad dan lif jauhla yg amat. Ummi masa tu berat sangat mulut nak minta tolong sapa2. Dalam hati selalu cakap aku boleh...Allah ada. Akhir sekali, ummi ambil wheelchair kat tingkat bawah bawak naik atas ambil barang2 Haikal..adala 2 trip bawa ke kereta. Last sekali bawa Haikal..ummi duduk atas wheelchair tu sambil pangku Haikal dan bibik tolak sampaila kekereta, pastu hantar balik wheelchair tu kat keselamatan semula. Allah sahaja yg tahu macam mana ummi kumpul kekuatan. Allah sebaik2 pelindung pada kami. Orang ramai?…hahahaha…biasalah hanya menonton seperti tengok drama. Tak de sorang pun yg Tanya atau menghulurkan bantuan. Itu reality. Dah habis semua selamat balik rumah, tub2 ada pula suara2 yg yg marah2 kata kenapa tak call cakap dah keluar hospital. Sebenarnya bukan niat ummi tak nak inform kepada sape2…tapi hati ummi berat sangat nak minta pertolongan orang masa tu. Bagi ummi selagi ummi ada kudrat tak nak susahkan sapa2. …Alhamdulillah Allah bantu uruskan kerja ummi dengan selamat.


Ummi dan abah telah mengambil keputusan untuk melahirkan Yusuff  di Hospital Pakar Annur dan ummi telah memilih Dr. Fatimah untuk menguruskan kelahiran Yusuff kelak. Ummi telah buat checkup sejak awal  kandungan lagi dengan Dr. Fatimah sehinggalah melahirkan. Ummi memilih melahirkan Yusuff secara ceaser atas sebab tidak mahu mengulangi sejarah hitam waktu melahirkan Haikal dan Alhamdulillah Dr. Fatimah setuju. Due date ummi  18  April 2014, namun untuk kelahiran secara ceaser Dr, telah memberi tarikh awal  iaitu 8 April 2014. Namun Allah sebaik2 perancang untuk pada 2 April 2014, ummi dah mula rasa sakit…jam menunjukkan 2 pagi…ingat mulanya tak de apa kot..makin lama makin sakit pula…ummi rasa lepas subuh ummi akan gerak ke hospital, kesian pulak tengok abah tidur keletihan. Ummi sampai hospital dalam pukul 7 pagi…Ummi diminta ketingkat atas untuk pemeriksaan lanjut. Bidan check memang ada contraction dan jalan dah bukan dalam 2cm. Dr. Fatimah telah membuat keputusan ummi akan diceaser pagi ni pukul 10. Allah berdebar hati Allah saja yg tahu..tapi dalam hati rasa berbunga2 sebab kejap lagi ummi dan abah akan lihat anak kesayangan kami. Sementara menunggu abah sempat menguruskan urusan kemasukan wad dan bayaran berkaitan. 10 pagi ummi ditolak masuk kebilik pemedahan, sejuk bilik ni bukan main lagi. Sebelum itu ummi diberi penerangan oleh pakar bius dan diminta menandatangani borang berkaitan. Proses kelahiran ada masaalah sikit bila Dr. Fatimah dapati baby masih lagi diatas dan ini menykarkan Dr untuk menarik dia keluar…nurse tolong ambil vacuum…sekejap je ummi dengar suara anak ummi yg nyaring dan seperti marah…mungkin terkejut kot tiba2 Dr. keluarkan melalui vacuum…hahahaha..abah ada bersama menyaksikan semua itu. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulllah…tepat 11 pagi 2 April 2014, lahir lah anak ummi yg sangat2 cute kedunia ini. Syukur ummi tak terkata…

Muhammad Arman Yusuff Shah Bin Abdul Salim

Cukur rambut..beri nama..akikah pada hari ke7

2 Bulan


First family picture lepas berpantang

3 Beradik

Teman abang Haikal terapi






Monday 29 September 2014

Konvokesyen

Alhamdulillah Akhirnya ummi selamat berkonvo pada 29 Oktober 2013. Oleh itu ummi pun dianugerahkanlah Master Human Resource Development...time tu ummi pregnant 4 bulan. Alhamdulillah semuanya dengan izin ilahi. Sepatutnya ummi coretkan awal2 lagi...banyak kenangan sebenarnya. Setelah hadapi perit jerih akhirnya merasa jugaklah kemanisannya. Ummi terus sambung buat PhD  masa kemasukan September 2013. Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah....

Sebelum berangkat...Haikal adalah main kekuatan Ummi

Anak2 ummi hidup ummi

Beratur sebelum masuk dewan

Rakan seperjuangan



Suami tercinta...my backborn




Bersama Puan Fairuz



Saturday 16 November 2013

PERISTIWA 3 IN 1


Allahuakbar rasanya dah lama tak update blog ni dan hampir setahun lamanya. Sepatutnya ummi menulis pada bulan ini pada tahun lepas, tapi tak boleh nak fokus sangat sebab terdapat 3 perkara besar berlaku masa tu nak tulis memang tak dak mood kecuali update kat FB je….ok lah peristiwa pertama dulu

PERISTIWA 1-  HAIKAL ADMIT

November  2012, ade seorang kawan abah ni anak nya accident dan terlantar dekat ICU Hospital Selayang, hmmm teruk jugaklah keadaannya tak sedarkan diri. Abah rasakan dia perlu melawat anaknya sebab atas rasa ukhuwah katanya. Balik dari hospital dah malam tanpa basuh tangan dan mandi abah terus tido ( ni memang nak marah betul la dah cakap banyak kalipun masih tak sedar2 balik dari mana pun cuci tangan…kita ada anak yang sagnta sensitif…tapi degil..katanya sakit semua tu Allah yang bagi…tapi bukankah Allah jugak suruh  kita mencegah jugak ke untuk jaga kesihatan…geram tersangat)….Ha…akibatnya abah dah demam masa tengah malam..menggigil tak ingat punyalah. Demam tu seterusnya jangkit pada kakak Aisyah…pastu pada Haikal. Apalagi kalau dah jangkit kat Haikal mana nak tahan anak ummi tu suhu badan sekitar 39 – 40 c. Ummi memang tak akan tunggu lama tengah malam tu jugak ke Hospital Serdang. Bagi anak2 yang pakai trachei macam Haikal memang akan menghadapi masaalah pernafasan bila kahak tu mula kering dan akhirya akan blok trachei tu akibatnya memang akan berlaku sesak nafas sehingga biru2. Akhirnya Haikal admit Hospital. Check punya check Haikal ada virus ESBL. Virus ni hanya akan diperolehi di ICU sahaja. kalau kena virus ni memang susah nak baik..Ha sekarang abah memang nyesal tak sudah. Bukan tak leh nak melawat orang tapi kita pun ada kemudharatannya. Kalau dah jadi cam ni sapa yang susah. Lagi buat Abah susah hati bila Haikal beberapa kali sesak nafas di Hospital dan tracheinya dah keluar darah akibat selalu suction.  Hampir sebulan lebih baru Haikal dapat cover balik. Secara kebetulan ummi pulak demam bila dah habis semuanya demam…tapi dikuti dengan batuk yang sangat teruk. Haikal balik rumah dalam pertengahan bulan Disember, 2012   ada la dalam 5 hari dah kena jangkit dengan ummi…dah kena admit balik.

Kali ni Dr. sukar mengesan apa yang menyebabkan Haikal demam kembali. Bayangkan hampir 2 minggu Haikal demam dengan suhu 39c. Dr. pun dah pening  xray dah berkali2 buat, darah air kencing dah di ambil untuk buat ujian…masih belum dapat keputusan. Allahuakbar kali ni keadaan Haikal memang agak teruk dia menghadapai resrless yang sangat teruk sehingga Dr. terpaksa bagi MIDA padanya supaya dia dapat rest. Akhir sekali dapat juga tahu sebenarnya Haikal terkena jangkitan paru2. Dr. tak dapat mengetahuinya dengan cepat kerana menurut Dr. kadang2 terdapat bakteria lambat grow dan susah untuk mengesannya pada peringkat awal. Bila Dr. tanya ada sapa2 kat rumah yang batuk…ummi la tu.  Uwaaaa…akibatnya ummi tak dibenarkan untuk menjaga Haikal dan tak dibenarkan datang k hospital buat sementara waktu. Ummi jugak dikehendaki buat rawatan di Hospital. Tu la mula  Ummi  salahkan Abah…dengan tabah abah terima dan menyesal..sekarang ni ummi pula…Uwaaaa…..

Akhir sekali Haikal dibenarkan pulang dalan awal Februari 2013…lamanya…pastu kami sesi keluarga lebih cerewet…lebih2 lagi berkenaan soal kebersihan dan penjagaan Haikal…kami sekeluarga memang mengamalkan basuh tangan sebelum pegang Haikal…bukan itu sahaja kain baju semuanya dititik beratkan. Nak pegi jalan2 pun terpaksa korbankan….pegi dekat2 kat taman pun pastikan bukannya tempat ramai orang…oleh kerana cerewet sangat sekarang ni ramai yang dah tak datang rumah macam dulu. Errrkkk…yang ni tak pernah cakap ngan sapa2 pun mungkin depa semua faham sendiri kot….balik raya pun memang duduk kena cari rumah homestay…asing daripada orang…nampak cam sombong tak?….maaflah pada semua ahli keluarga…tapi rasanya semuanya cam ok dan faham…merekapun dah tak sanggup tengok Haikal sakit masuk Hospital….ALHAMDULILLAH….
021220122721Sakit2 pun Handsome lagi….
021220122717Abah tak sanggup lihat semua ni….
261120122712Tertido sekejap….
291220122769Terpaksa diberi MIDA untuk menenangkan Haikal….
081220122734Setelah 3 bulan sakit…Akhir sekali dapat lihat kembali melihat senyuman ini…
171220122758Dah mula nak sihat….
151120122665Dah balik rumah….
151120122668Makin ceria…kami sekeluargapun sangat2 berjaga2 sekarang….

PERISTIWA 2 – AISYAH MASUK DARJAH 1


Januari, 2013…akhirnya Aisyah masuk darjah satu…tapi waktu tu Haikal masih lagi di hospital menerima rawatan dan keadaanya masih tidak stabil. Apapun tanggungjawab perlu dijalankan juga…kami suami isteri sama-sama hantar Aisyah untuk pendaftaran..sementara bibik menemani Haikal di hospital. Sebenarnya Aisyah tidaklah begitu gembira semasa masuk sekolah kerana masih teringatkan Haikal…kami suami isteri terpaksa lupakan sekejap perasaan sedih untuk melihat Aisyah gembira…sekejap2 ummi akan telefon bibik bertanyakan keadaan Haikal…entah pada kali keberapa ummi telefon bibik cakap Haikal kembalik restless dan sesak nafas…dia cakap tak pe doktor semua dah ada…mana boleh kami kat sini bertenang…seb baik sesi pendaftaran tak lama...habis je terus pecut ke Hospital….datang masa tu Haikal dah stabil…kesal rasanya masa dia tak stabil tu kami tiada disampingnya….

Cikgu memaklumkan Aisyah sering menangis di sekolah secara tiba2…dia seperti tidak tenang…ummi terpaksa menceritakan keadaan sebenarnya kepada cikgu Aisyah..menurut cikgu Aisyah…dia seperti murung dan akan sentiasa menangis….oleh tu sepanjang bulan pertama persekolahan ummi terpaksa minta bibik tengokkan Haikal sekejap dihospital sementara ummi pergi temankan Aisyah disekolah…tapi ummi buat tu secara sembunyi2…melihat Aisyah dari jauh je….ada satu ketika tu cikgu Aisyah memaklumkan bila ditanya kenapa selalu menangis..Aisyah jawab  “Abah saya tak beri perhatian pada saya’ ….terus ummi call abah pegi sekolah temankan Aisyah….sebenarnya cikgu Aisyah kelakar dengan jawapan tu…heheh…
Masa exam penilaian penentuan kelas Aisyah dapat masuk kelas ke3…mana tak nye asyik nangis je…Ada sorang kawannya bagi tau masa ummi hantar Aisyah…aunty dia tak jawabpun exam…asyik nangis je…tak pe lah Aisyah…kelas ke 3 pun tak pe…TAHNIAH…setelah hampir 3 bulan persekolahan barulah Aisyah dapat menyesuaikan dirinya…..dan untuk darjah 2 tahun depan Aisyah dah boleh naik kelas…..ALHAMDULILLAH…..
311220122770Beratur nak masuk kelas….
image
311220122773
311220122774
311220122775
311220122776

PERISTIWA 3 – UMMI VIVA


Januari 2013,…ummi viva..penentu untuk mendapatkan MASTER…Allah…waktu tu Haikal masih lagi di hospital dan Aisyah masuk darjah 1. Kadang2 pikir macam mana nak bahagikan masa….nasib baik ada sahabat Sabariah dan Nava membantu dalam penyediaan membuat slide….Masuk bilik untuk viva check nama tak dak…eh pelik…tak pe lah ingat mungkin ada kesilapan…

Penyelaras masuk dan panggil nama satu2…nama ummi tak de…uwaaa…cam ne ni…dia tanya siapa supervisor awak dan ada tak bagi borang penamaan ? ummi jawab Dr. Kidin dan borang tu dah serah pada penyelaras…dia kata tak terima..siapa pula pemeriksa awak? mana awak punya salinan projek paper?…haaaaaa….

Tapi Allah maha besar…waktu tu Dr. Shamsuddin…salah seorang ahli viva meminta saya bertenang dan meminta penyelaras saya diberi peluang untuk membuat Viva hari ini…ummi  keluar ke kedai untuk  3 salinan  projek paper….dan kembali semula ke bilik VIVA untuk present…Dr. Shamsuddin denga sukarelanya menjadi pemeriksa kertas ummi…ummi adalah pelajar yang paling terakhir membuat presentation…semua ahli berpuas hati…kajian yang dibuat sangat menarik dan perlu dibaiki sikit  projek paper tu dan Dr. Shamsuddin akan tolong ummi…Akhir sekali penyelaras meminta semua tepuk tangan kepada ummi…uwaaaaaaa….tahu tak apa perasaan ummi waktu tu……tak boleh digambarkan dengan kata2….ummi lulus VIVA….dan lepas tu setelah projek paper siap dengan pembetulan dengan panduan Dr. Shamsuddin ummi pun hantar…..dan tahu tak ummi berjaya dapat A…..

Allah tahu ummi susah jaga anak syurga ummi…Allah tahu ummi dah tak terdaya…Allah tahu ummi  kepenatan….Allah tahu segala2nya….Allah hantarkan bantuan yang tidak disangka2…..Dr. Shamsuddin sangat2 membantu ummi….masa berjumpa untuk pembetulan projek paper…dia tanya keadaan ummi….dia memahaminya…..setelah banyak kali hantar balik projek paper tu akhir sekali Dr. bagi A…..AWAK LAYAK UNTUK SEMUA INI AWAK TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA AWAK…DAN JAGALAH ANAK ISTIMEWA AWAK BAIK2….itulah kata Dr. masa hari terakhir penghantaran projek paper……

ALHAMDULILLAH….SEMUANYA DENGAN IZINMU….TERBUKTI HAMBAMU SANGAT LEMAH…ENGKAU YANG BANTU HAMBAMU YA ALLAH…..TERIMA KASIH ALLAH…… 

Sayangnya tak de satu gambar pun dapat snap masa VIVA…gara2  panik punya pasal…..Winking smile