Saturday 16 November 2013

PERISTIWA 3 IN 1


Allahuakbar rasanya dah lama tak update blog ni dan hampir setahun lamanya. Sepatutnya ummi menulis pada bulan ini pada tahun lepas, tapi tak boleh nak fokus sangat sebab terdapat 3 perkara besar berlaku masa tu nak tulis memang tak dak mood kecuali update kat FB je….ok lah peristiwa pertama dulu

PERISTIWA 1-  HAIKAL ADMIT

November  2012, ade seorang kawan abah ni anak nya accident dan terlantar dekat ICU Hospital Selayang, hmmm teruk jugaklah keadaannya tak sedarkan diri. Abah rasakan dia perlu melawat anaknya sebab atas rasa ukhuwah katanya. Balik dari hospital dah malam tanpa basuh tangan dan mandi abah terus tido ( ni memang nak marah betul la dah cakap banyak kalipun masih tak sedar2 balik dari mana pun cuci tangan…kita ada anak yang sagnta sensitif…tapi degil..katanya sakit semua tu Allah yang bagi…tapi bukankah Allah jugak suruh  kita mencegah jugak ke untuk jaga kesihatan…geram tersangat)….Ha…akibatnya abah dah demam masa tengah malam..menggigil tak ingat punyalah. Demam tu seterusnya jangkit pada kakak Aisyah…pastu pada Haikal. Apalagi kalau dah jangkit kat Haikal mana nak tahan anak ummi tu suhu badan sekitar 39 – 40 c. Ummi memang tak akan tunggu lama tengah malam tu jugak ke Hospital Serdang. Bagi anak2 yang pakai trachei macam Haikal memang akan menghadapi masaalah pernafasan bila kahak tu mula kering dan akhirya akan blok trachei tu akibatnya memang akan berlaku sesak nafas sehingga biru2. Akhirnya Haikal admit Hospital. Check punya check Haikal ada virus ESBL. Virus ni hanya akan diperolehi di ICU sahaja. kalau kena virus ni memang susah nak baik..Ha sekarang abah memang nyesal tak sudah. Bukan tak leh nak melawat orang tapi kita pun ada kemudharatannya. Kalau dah jadi cam ni sapa yang susah. Lagi buat Abah susah hati bila Haikal beberapa kali sesak nafas di Hospital dan tracheinya dah keluar darah akibat selalu suction.  Hampir sebulan lebih baru Haikal dapat cover balik. Secara kebetulan ummi pulak demam bila dah habis semuanya demam…tapi dikuti dengan batuk yang sangat teruk. Haikal balik rumah dalam pertengahan bulan Disember, 2012   ada la dalam 5 hari dah kena jangkit dengan ummi…dah kena admit balik.

Kali ni Dr. sukar mengesan apa yang menyebabkan Haikal demam kembali. Bayangkan hampir 2 minggu Haikal demam dengan suhu 39c. Dr. pun dah pening  xray dah berkali2 buat, darah air kencing dah di ambil untuk buat ujian…masih belum dapat keputusan. Allahuakbar kali ni keadaan Haikal memang agak teruk dia menghadapai resrless yang sangat teruk sehingga Dr. terpaksa bagi MIDA padanya supaya dia dapat rest. Akhir sekali dapat juga tahu sebenarnya Haikal terkena jangkitan paru2. Dr. tak dapat mengetahuinya dengan cepat kerana menurut Dr. kadang2 terdapat bakteria lambat grow dan susah untuk mengesannya pada peringkat awal. Bila Dr. tanya ada sapa2 kat rumah yang batuk…ummi la tu.  Uwaaaa…akibatnya ummi tak dibenarkan untuk menjaga Haikal dan tak dibenarkan datang k hospital buat sementara waktu. Ummi jugak dikehendaki buat rawatan di Hospital. Tu la mula  Ummi  salahkan Abah…dengan tabah abah terima dan menyesal..sekarang ni ummi pula…Uwaaaa…..

Akhir sekali Haikal dibenarkan pulang dalan awal Februari 2013…lamanya…pastu kami sesi keluarga lebih cerewet…lebih2 lagi berkenaan soal kebersihan dan penjagaan Haikal…kami sekeluarga memang mengamalkan basuh tangan sebelum pegang Haikal…bukan itu sahaja kain baju semuanya dititik beratkan. Nak pegi jalan2 pun terpaksa korbankan….pegi dekat2 kat taman pun pastikan bukannya tempat ramai orang…oleh kerana cerewet sangat sekarang ni ramai yang dah tak datang rumah macam dulu. Errrkkk…yang ni tak pernah cakap ngan sapa2 pun mungkin depa semua faham sendiri kot….balik raya pun memang duduk kena cari rumah homestay…asing daripada orang…nampak cam sombong tak?….maaflah pada semua ahli keluarga…tapi rasanya semuanya cam ok dan faham…merekapun dah tak sanggup tengok Haikal sakit masuk Hospital….ALHAMDULILLAH….
021220122721Sakit2 pun Handsome lagi….
021220122717Abah tak sanggup lihat semua ni….
261120122712Tertido sekejap….
291220122769Terpaksa diberi MIDA untuk menenangkan Haikal….
081220122734Setelah 3 bulan sakit…Akhir sekali dapat lihat kembali melihat senyuman ini…
171220122758Dah mula nak sihat….
151120122665Dah balik rumah….
151120122668Makin ceria…kami sekeluargapun sangat2 berjaga2 sekarang….

PERISTIWA 2 – AISYAH MASUK DARJAH 1


Januari, 2013…akhirnya Aisyah masuk darjah satu…tapi waktu tu Haikal masih lagi di hospital menerima rawatan dan keadaanya masih tidak stabil. Apapun tanggungjawab perlu dijalankan juga…kami suami isteri sama-sama hantar Aisyah untuk pendaftaran..sementara bibik menemani Haikal di hospital. Sebenarnya Aisyah tidaklah begitu gembira semasa masuk sekolah kerana masih teringatkan Haikal…kami suami isteri terpaksa lupakan sekejap perasaan sedih untuk melihat Aisyah gembira…sekejap2 ummi akan telefon bibik bertanyakan keadaan Haikal…entah pada kali keberapa ummi telefon bibik cakap Haikal kembalik restless dan sesak nafas…dia cakap tak pe doktor semua dah ada…mana boleh kami kat sini bertenang…seb baik sesi pendaftaran tak lama...habis je terus pecut ke Hospital….datang masa tu Haikal dah stabil…kesal rasanya masa dia tak stabil tu kami tiada disampingnya….

Cikgu memaklumkan Aisyah sering menangis di sekolah secara tiba2…dia seperti tidak tenang…ummi terpaksa menceritakan keadaan sebenarnya kepada cikgu Aisyah..menurut cikgu Aisyah…dia seperti murung dan akan sentiasa menangis….oleh tu sepanjang bulan pertama persekolahan ummi terpaksa minta bibik tengokkan Haikal sekejap dihospital sementara ummi pergi temankan Aisyah disekolah…tapi ummi buat tu secara sembunyi2…melihat Aisyah dari jauh je….ada satu ketika tu cikgu Aisyah memaklumkan bila ditanya kenapa selalu menangis..Aisyah jawab  “Abah saya tak beri perhatian pada saya’ ….terus ummi call abah pegi sekolah temankan Aisyah….sebenarnya cikgu Aisyah kelakar dengan jawapan tu…heheh…
Masa exam penilaian penentuan kelas Aisyah dapat masuk kelas ke3…mana tak nye asyik nangis je…Ada sorang kawannya bagi tau masa ummi hantar Aisyah…aunty dia tak jawabpun exam…asyik nangis je…tak pe lah Aisyah…kelas ke 3 pun tak pe…TAHNIAH…setelah hampir 3 bulan persekolahan barulah Aisyah dapat menyesuaikan dirinya…..dan untuk darjah 2 tahun depan Aisyah dah boleh naik kelas…..ALHAMDULILLAH…..
311220122770Beratur nak masuk kelas….
image
311220122773
311220122774
311220122775
311220122776

PERISTIWA 3 – UMMI VIVA


Januari 2013,…ummi viva..penentu untuk mendapatkan MASTER…Allah…waktu tu Haikal masih lagi di hospital dan Aisyah masuk darjah 1. Kadang2 pikir macam mana nak bahagikan masa….nasib baik ada sahabat Sabariah dan Nava membantu dalam penyediaan membuat slide….Masuk bilik untuk viva check nama tak dak…eh pelik…tak pe lah ingat mungkin ada kesilapan…

Penyelaras masuk dan panggil nama satu2…nama ummi tak de…uwaaa…cam ne ni…dia tanya siapa supervisor awak dan ada tak bagi borang penamaan ? ummi jawab Dr. Kidin dan borang tu dah serah pada penyelaras…dia kata tak terima..siapa pula pemeriksa awak? mana awak punya salinan projek paper?…haaaaaa….

Tapi Allah maha besar…waktu tu Dr. Shamsuddin…salah seorang ahli viva meminta saya bertenang dan meminta penyelaras saya diberi peluang untuk membuat Viva hari ini…ummi  keluar ke kedai untuk  3 salinan  projek paper….dan kembali semula ke bilik VIVA untuk present…Dr. Shamsuddin denga sukarelanya menjadi pemeriksa kertas ummi…ummi adalah pelajar yang paling terakhir membuat presentation…semua ahli berpuas hati…kajian yang dibuat sangat menarik dan perlu dibaiki sikit  projek paper tu dan Dr. Shamsuddin akan tolong ummi…Akhir sekali penyelaras meminta semua tepuk tangan kepada ummi…uwaaaaaaa….tahu tak apa perasaan ummi waktu tu……tak boleh digambarkan dengan kata2….ummi lulus VIVA….dan lepas tu setelah projek paper siap dengan pembetulan dengan panduan Dr. Shamsuddin ummi pun hantar…..dan tahu tak ummi berjaya dapat A…..

Allah tahu ummi susah jaga anak syurga ummi…Allah tahu ummi dah tak terdaya…Allah tahu ummi  kepenatan….Allah tahu segala2nya….Allah hantarkan bantuan yang tidak disangka2…..Dr. Shamsuddin sangat2 membantu ummi….masa berjumpa untuk pembetulan projek paper…dia tanya keadaan ummi….dia memahaminya…..setelah banyak kali hantar balik projek paper tu akhir sekali Dr. bagi A…..AWAK LAYAK UNTUK SEMUA INI AWAK TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA AWAK…DAN JAGALAH ANAK ISTIMEWA AWAK BAIK2….itulah kata Dr. masa hari terakhir penghantaran projek paper……

ALHAMDULILLAH….SEMUANYA DENGAN IZINMU….TERBUKTI HAMBAMU SANGAT LEMAH…ENGKAU YANG BANTU HAMBAMU YA ALLAH…..TERIMA KASIH ALLAH…… 

Sayangnya tak de satu gambar pun dapat snap masa VIVA…gara2  panik punya pasal…..Winking smile