Tuesday 21 June 2011

Kehadiranmu Haikal….

Kehadiranmmu ke dunia ini amat dinanti-nantikan
Kau membuatkan hati sorang ibu berbunga-bunga
Kau membuatkan hati seorang ibu berasa bahagia
Kau membuatkan hati seorang ayah berbangga
Kau membuatkan hati seorang kakak gembira
 
Semasa dalam kandungan lagi ibumu bermimpi
Bermimpi berada di dasar laut yang sangat dalam
Bermimpi melawan arus lautan yang sangat kuat
Bermimpi keluar dari lautan dijulang  sangat tinggi
Bemimpi berada di dalam sebuah kedai berkain putih
 
Waktu kau tiba penuh duka dan lara
Badai yang datang tiada siapa yang jangka
Musibah atau rahmat semua kebingungan
Ada manusia mengatakan ia adalah bala
Ada manusia mengatakan ia adalah ujian
 
Kau buat kalbu seorang ibu begitu derita
Kau buat kalbu seorang ibu begitu lara
Kau buat kalbu seorang bapa begitu rungsing
Kau buat kalbu seorang bapa begitu gelisah
Kau buat kalbu kami begitu sayu
 
Kepada pencipta yang paling tertinggi telah di adu
Kepada pemilik yang paling tertinggi telah di rayu
Kepada kerajaan yang paling tertinggi telah di mohon
Kepada tuan yang paling tertinggi telah di minta
Kepada yang paling berkuasa telah di serahkan
 
Kehadiranmu bukannya tanda bala
Kehadiranmu bukannya tanda kemurkaan
Kehadiranmu bukannya tanda kesilapan
Kehadiranmu bukannya tanda kebencian
Kehadiranmu bukannya tanda sumpahan
 
Kehadiranmu tanda kebesaran maha kuasa
Kehadiranmu tanda kasih maha penyayang
Kehadiranmu tanda kekuatan maha agung
Kehadiranmu tanda inovasi maha bijaksana
Kehadiranmu tanda kekuasaan maha kuasa
 
Kau mula bangkit dari sengsara
Kau mula bangkit dari derita
Kau mula hendak menjadi hebat
Kau mula hendak menjadi unggul
Kau sudah bangun membuktikan dia maha berkuasa

Saturday 18 June 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum..bersempena dengan Hari Bapa ni saya saya nak ucapkan selamat hari bapa kepada bapa saya sendiri lah terlebih dahulu dan semua lelaki yang bergelar bapa kat dalam dunia nih. Hmmm, dalam hidup saya ada beberapa lelaki yang amat saya kagum bergelar bapa, yang pertama sudah semestinya bapa saya sendiri. Kami sekeluarga memanggilnya dengan panggilan mamu..hehe sebenarnya panggilan tu mula dipanggil oleh abang sulung saya, nak dijadikan citer abang saya ni dilahirkan di India dan tinggal dalam sebuah keluarga besar bersama ibu saya. Bapa saya ni merantau ke Malaysia dan bekerja kat sini dan dalam enam bulan sekali tuh balik la ke sana . Abang pula ingatkan bapa saya ni pakcik dia, maklumlah bukannya duduk sekali kan, maka dia panggillah dengan panggilan mamu (pak cik)..walau pun dah banyak kali di ingatkan oleh ibu tapi tetap biasa jugak dengan panggilan tuh...dan apa lagi sampai lah saya dan adik-adik yang lain dilahirkan tetap dengan panggilan mamu. Bagi kami perkataan mamu bukannya pakcik tapi ayah atau bapa..dan tak pernah mengganggap bapa kami tu pakcik kami..Cuma perkataan tu je berbeza.. Sebenarnya bapa saya boleh saya rumuskan seorang yang amat sabar dan mempunyai hati yang cukup besar dalam melayan kerenah setiap anak-anaknya. Terima kasih mamu kerana menjaga dan mendidik saya sejak dari kecil dan menjadikan saya insan yang berjaya seperti sekarang..terima kasih mamu sebab bangun tengah malam bancuh susu untuk saya..terima kasih mamu sebab melayan setiap kehendak saya walaupun waktu itu susah tak de duit...terima kasih mamu atas semua nasihat yang telah diberikan kerana ingin melihat saya menjadi insan yang terbaik..saya tak pernah kena pukul dengan mamu dan bagi saya mamu adalah seorang bapa yang hebat dan amat saya kagum... dan maafkanlah dan ampunkanlah segala salah silap saya selama ini...
05022011116-1
34092_131720310198491_100000815691465_137301_6431353_n-1
P1200343-1
23440_101700656533790_100000815691465_45514_5367606_n-1
Yang kedua..suami saya lah, yang memang sorang bapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab terhadap Aisyah dan Haikal...dia lah yang akan bangun tengah malam menyediakan susu untuk Aisyah...dia lah yang akan mendodoikan Aisyah ketika hendak tidur...dia akan memenuhi setiap kehendak Aisyah seperti membeli makanan kegemarannya iaitu pau..biskut coklat..dan pisang..dia lah yang mula2 memandikan Aisyah ketika baru dilahirkan...dia lah yang sentiasa menemani Haikal masa dihospital masa mula2 dilahirkan hingga kini...dia lah yang selalu meyakinkan saya bahawa Haikal akan bangun suatu hari nanti...dia lah yang menemani Haikal bermain...walau sibuk macam mana pun dialah yang akan membawa Haikal ke Hospital...dia lah yang sentiasa akan mengurut Haikal dengan harapan Haikal boleh berjalan suatu hari nanti...Dialah yang akan membawa Haikal dan Aisyah ke taman untuk bermain...dan yang paling penting dia sentiasa menyemai nilai-nilai agama terhadap Aisyah dan Haikal...terima kasih sayang kerana telah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab untuk anak-anak kita...
252581_217547844946090_100000726295437_747051_3091746_n
254290_218638998170308_100000726295437_753697_4536974_n
16052011336-1
08052011299-1
08052011308-1
Yang ke tiga adalah abang sulung saya ..bagi saya dia adalah seoarang bapa penyayang dan amat bertanggungjawab terhadap anak-anaknya...saya ingat lagi suatu masa dulu ketika dia baru je balik dari kerja luar (London), anaknya yang kedua iaitu Amir memang buat hal bagi jatuh air masa abang saya baru duduk nak makan...cepat2 dia bangun dan bersihkan meja tu...dan terus melayan kerenah Amir...dan ada ketika masa Kakak ipar baru melahirkan Amir dan masih di Hospital... dia yang menjaga anak pertamanya iaitu Nisa...tidur ngan Nisa kat ruang tamu..sungguh kagum tengok seorang bapa sekejap-sekejap bangun menyediakan susu untuk anak perempuannya pada tengah malam. Dan saya percaya, kakak ipar saya pun berbangga kerana mendapat suami yang begitu penyayang dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka...
215537_10150159062011597_555566596_6596624_1104283_n-1
5249_1207922723375_1387902145_580966_3125969_n-1
n555566596_1177118_2898-1
34092_131720303531825_100000815691465_137299_2954087_n-1
25560_1435295087542_1387902145_1177437_8057936_n-1
Dan yang keempat..saya rasa mula kagum dengan adik lelaki pertama saya yang baru je ada anak perempuan. Dulu dia ni memang kaki tido..apa dia heran apa nak jadi ngan dunia, yang penting dia boleh tido. Tapi sejak ada anak ni memang ada perubahan besar...haha...ada waktu tu ketika isteri dia (adik ipar ) berkursus hamper 2-3 bulan la jugak kat luar dia lah yang menjaga anaknya..bangun tengah malam...bancuh susu...boleh dikatakan semua tanggungjawab ibu diambil oleh dia lah..nampak penyabar jugak lah dia melayan anaknya Nisreen....padan muka ko dulu malas sangat..asyik2 aku je yang kena wat keja...hang tido ja...tapi sejak hang ada anak ni..memang lain lah hang memang seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang..tabik spring kat hang lah...hehehe..
26482_100997739937415_100000815691465_26028_8152756_n-1
P1200334-1
37721_131723433531512_100000815691465_137309_6371159_n-1
P1200349-1

Wednesday 8 June 2011

Nasyeed Untuk Haikal


Nasyeed ni khas untuk anak Ummi yang amat Ummi sayangi dan cintai, Ummi  sayang Haikal sampai bila-bila.
Nasyeed ni memang favorate Haikal, lebih-lebih lagi bila Ummi nak tidurkan Haikal.
Sesungguhnya sayang tiada yang lain melain kan Allah di dalam hati kita, Haikal ingat ye suatu hari bila Ummi dan Abah telah tiada jangan rasa diri keseorangan, ingat Allah sentiasa ada untuk Haikal, pohon segalanya dari dia.

Sunday 5 June 2011

Broga Hill

Assalamualaikum, hehe..pada 4 /6/2011 aku telah mencatatkan sejarah pada diri sendiri dengan kejayaan menawan bukit Broga. Suami aku pun ingat aku main-main je bila dinyatakan hasrat untuk mendaki Broga, tapi dengan kejayaan ini terkejut jugak lah dia tak sangka. Aku sebenarnya mengikuti rombongan kelab RIC Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) di mana pendakian yang sepatutnya bermula 6.30 pagi di lewatkan sikit menjadi pukul 8, sebab ada ahli yang datang lewat. Tapi tak pe pendakian tetap di jalankan jugak, sampai je kat Broga tu aku tengok, mak aii ramainya orang yang nak naik, semangat jugak rakyat Malaysia ni dan aku boleh lihat orang ramai dari pelbagai kaum kat sini dari budak kecik sampailah yang berusia (kagum aku tengok yang berusia ni), ha nak tengok 1 Malaysia boleh je datang tengok kat sini. 04062011374
04062011397
04062011398
04062011396
Masa mula nak naik tu, punyalah semangat baru sampai tapi lama-lama  pendakian ku mula slow. Dengan perlahan-lahan aku melangkah jugak kaki ni, pastu rasa pening, duduk jap pastu terus mendaki lagi . Ahli yang lain dah pegi jauh dah ye la kalau nak tunggu aku ntah sampai ke idak ke puncaknye. Zara salah sorang ahli kelab RIC je yang setia tunggu dan sama-sama perlahan-lahan ngan aku mendaki. Sampai je kat kaki bukit, aku dah putus asa dah aku cakap ngan Zara, Zara teruskanlah perjalanan memang aku takkan naik punya, dia cam tidak kesampaian pada mulanya nak tinggalkan aku terpaksa meneruskan pendakiannya sorang diri. Sekejap tu bila aku rasa ok sikit, aku tengok atas, betapa curamnya bukit tu, tapi kalau lepas ni sampailah aku ke puncaknya, aku buat keputusan nak teruskan pastu aku tengok Zara patah balik datang tengok aku, lepas tu kami sama-sama mendaki bukit yang curam tu. Sikit-sikit lama-lama akhirnya sampai jugak kami kat atas.
image
04062011377
04062011378
04062011379
04062011381
04062011380
04062011383
04062011384
Ya Allah betapa seronoknya aku rasa, ditambah dapat lihat pemandangan yang sangat indah disamping udara yang sangat segar. Lepas tu apa lagi acara mengambil gambar pun dimulakan, aku tengok kat atas ada lagi bukit, Zara cakapa kawan-kawan yang lain ada kat sana. Haaa, ini bukan lagi puncaknye ke? Tapi tak pe lah..aku cakap ngan Zara kat sini pun dah satu kejayaan bagi kita..mugkin satu hari nanti akan ku sampai jugak ke sana..hehehe..Alhamdulillah kepada Allah yang telah beri kesihatan pada ku kali ini...
04062011390
04062011388
04062011392
04062011393
Masa balik kira ok sikit la..turun tak banyak tenaga yang digunakan berbanding naik tadi. Ada ketika tu, aku tergelincir masa nak turun, excited sangat nak turun haa..kan dah jatuh, tapi seb baik tak terleselliuh.Apa pun thanks to semua ahli RIC, Mira, Seha, Lin, Fendi, Tuan, Atai dan tak lupa Zara,  memang best sangat dapat pengalaman nih bersama korang sume.
04062011395
04062011399

Tuesday 31 May 2011

Debaran Pertama

 

Isnin, 21 April 2008, memang hari yang ditunggu-tunggu oleh ummi, ye la dah tak sabar rasanya nak ke Hospital. Pagi tu ummi mandi agak awal jugak dalam pukul 8.00 pagi, abah cakap pegi tengok Haikal dalam pukul sepuluh macam tu. Ummi ingat nak siap awal sikit tak perlulah gopoh-gopoh sampai ke hospital. Tapi sedang ummi mandi ummi dikejutkan dengan suara abah memanggil ummi. Ye..kenapa? jawab ummi dari dalam bilik air. Kita pergi awal sikit ye..Dr dari hospital telefon cakap pihak hospital perlukan darah awak, siap cepat ye. Pelik ummi nape nak darah pulak? Soal ummi dalam hati, tapi ummi beranggapan mungkin itu prosedur biasa kot sebeleum membenarkan Haikal balik. Ye..ye saya cepat lah ni, jawab ummi. Masa ummi tengah siap, ummi perasan abah macam lain macam je, muka dia nampak agak risau fikirkan sesuatu, nape awak ni macam gelabah je saya tengok? Tak ade ape-ape..awak tu siap la cepat..saya siap la ni, awak ingat apa tak larat tau..suasana macam tegang sikit..abah terus tunggu ummi kat ruang tamu dengan memegang kunci kereta, macam dah tak sabar ke hospital.Ummi diam kan diri je dan terus menaiki kereta..tak nak cipta apa-apa ketegangan lagi. Dalam keta ummi tanya abah, nape tiba-tiba doktor nak darah pulak? Hmmm..tak tahulah kita pegi sana dulu tengok apa citer. Sampai di hospital, ummi cakap dengan abah ummi tak larat nak jalan ke NICU, dan minta abah dapatkan wheelchair untuk ummi. Abah dengan tergesa-gesa dapatkan wheelchair untuk ummi, sementara ummi tunggu di kerusi tempat menunggu di ruang lobi. Dari jauh ummi nampak dengan tergopah-gapah abah bawakan wheelchair dan menuju ke arah ummi, masa tu ummi rasa kesian sangat kat abah, susah payah carikan wheelchair untuk ummi dengan wajah yang ummi lihat macam kesedihan, tapi kenapa? soal ummi dalam hati. Ummi biarkan sahaja persoalan itu dalam hati, tak nak tanya soal lebih-lebih pada abah, dan terus berdoa agar semuanya ok sahaja. Jom, nanti saya pimpin awak naik ke wheelchair, kata abah sejurus membawa wheelchair tu kepada ummi.

Sampai je di pintu masuk NICU, ummi disuruh oleh nurse untuk mencuci tangan dan menulis nama sebelum masuk. Tiba je ummi dekat court Haikal, ummi nampak suasana yang agak tegang, seorang doktor dan beberapa jururawat sedang bertukus lumus sedang melakukan sesuatu, ummi tak pasti apa yang doktor lakukan masa tu, tapi yang ummi nampak doktor sedang mengepam dengan menggunakan alat ke mulut Haikal, Haikal ummi lihat dari jauh seperti lemas untuk bernafas. Ummi tercengang melihat keadaan yang sedang berlaku di depan ummi. Adam anak ummi, ya Allah kesiannya..bicara ummi dalam hati..kenapa dengan anak kita? Apa yang sedang berlaku ni? Abah seperti separuh macam nak nangis menceritakan pada ummi yang sebenarnya pagi tadi dia menerima panggilan dari pihak hospital menyatakan Haikal dalam kedaan tenat tersedak susu dan meminta ummi dan abah  datang kehospital dengan segera, dan meminta agar ummi dapat memberi darah mungkin untuk prosedur pihak hospital. Oh patutlah ummi lihat kedaan abah macam gelabah je masa kat rumah, kesian abah dia tak nak ceritakan perkara ini kat ummi sebab tak nak terjadi sesuatu kat ummi yang menghalang daripada ummi hadir ke hospital.

Sekejap kemudian jururawat meminta kebenaran agar darah ummi di ambil.Pada masa yang sama ummi lihat abah menyoal sesuatu dalam keadaan marah kepada doktor yang bertugas. Macam mana anak saya boleh tersedak susu? Siapa yang bertanggungjawab untuk menyusukan anak saya? Pertama kali ummi lihat wajah abah tersangatlah marah. Ummi tak berapa faham dengan penjelasan yang diberikan oleh doktor, tapi menurut doktor Haikal terkena jangkitan kuman yang menyebabkan kedaan Haikal tak berapa stabil dan menyebabkan Haikal tersedak susu. Kenapa darah saya diambil nurse? Soal ummi kepada nurse, darah puan di ambil untuk diuji bagi pihak hospital mengenal pasti ada tak sel darah puan sama dengan sel darah anak puan, pihak kami dapati anak puan mempunyai darah jenis 0- , susah nak dapat darah ni, jadi prosedur ni diperlukan bagi membantu anak puan. Ummi mengangguk dan cuba memahami lagi untuk kesekian kalinya. Doktor yang disoal abah tadi telah membuat panggilan kepada doktor pakar untuk hadir ke NICU bagi menjawab soalan yang di utarakan oleh ummi dan abah dan menjelaskan kedaan Haikal. Sementara itu, kami diminta untuk menuggu diluar, bagi membolehkan pihak doktor dan jururawat terus menguruskan Haikal. Dalam masa 15 minit kemudian kami didatangi oleh seorang doktor pakar untuk menerangkan kedaan Haikal. Kenyataan doktor tersebut sama jugak dengan kenyataan yang diberikan oleh doktor pertama yang memberi kenyataan tadi. Doktor pakar tersebut, menyatakan sekarang Haikal dalam kedaan stabil tapi terpaksa di ventilate bagi menstabilkan pernafasannya terlebih dahulu. Doktor, tolonglah tengokkan anak saya.. tolong sangat-sangat..rayu ummi pada doktor pakar tu. Puan insyaallah anak puan tak akan apa-apa, apa yang boleh saya tolong, saya akan tolong dan yang lain tu serah saja pada Allah jawab doktor tadi. Abah yang tadi agak marah, sekarang agak reda sikit dengan penjelasan doktor. Setelah doktor beredar dari situ, ummi hanya menangis tak tahu apa yang perlu nak buat melainkan percaya dengan kata-kata doktor buat masa sekarang, sebenarnya ummi dan abah pada masa tu tak tahu buntu dengan apa yang sedang dilalui, setiap penjelasan yang doktor bagi kami terima tanpa bangkangan. Abah terus peluk ummi dan cuba tenangkan ummi. Sebenarnya kami sama-sama nangis sayang, menangis takut kehilangan Haikal, rasanya jika terjadi apa-apa kepada Haikal ummi dan abah tak tahu macam mana nak hadapi semua ini. Semua ini baru bagi kami, NICU, Ventelator, semua tu baru bagi kami. Ummi cuba mengubungi ustaz Hashim untuk memaklumkan kedaan Haikal, sebenarnya ustaz Hashim adalah orang yang sentiasa ummi dan abah rujuk dalam menghadapi kemusykilan lebih-lebih lagi soal agama, selain itu ustaz jugak pandai dalam mengubati orang sakit. Sabar jelah Yasmi, serah pada Allah, dia yang menentukan semuanya, tapi saya doakan untuk dia, pujuk ustaz. Selain itu, ummi jugak menghubungi ayah ummi iaitu datuk Haikal untuk memaklumkan perkara yang sama dan jawapan dari datuk Haikal pun sama, dan meminta ummi bersabar, dan ingat semua yang terjadi adalah kehendak Allah, kata datuk Haikal. Sebenarnya ummi kelu dengan jawapan yang diberikan, dan masih keliru dan tidak memahami apa yang sedang berlaku. Abah jugak cuba menghubungi beberapa saudara termasuk nenek Haikal berkenaan kedaan Haikal. Ummi dan abah terus pulang tak dapat tengok Haikal, ummi cakap petang nanti kita datang lagi biarlah doktor dan jururawat yang tengokkan Haikal. Ummi dan abah singgah di rumah pengasuh Baji Aisyah untuk mengambil dia disitu. Tadi sebelum ke Hospital abah tinggalkan Aisyah disitu. Masa sampai disitu, ummi tak dapat menceritakan apa-apa pun kepada pengasuh kecuali menangis, dia pun turut menangis, sambil berkata, Yasmin dan Salim pulanglah dulu biar Aisyah kat sini sahaja, datang malam je ambil dia, balik dan rehat lah dulu. Terima kasih Ammai (panggilan pengasuh Aisyah) jawab ummi pada ammai. Untuk membantu ummi kat rumah, abah jugak telah mintak adik perempuan dia iaitu ibu saudara Haikal untuk tolong apa yang patut dan temankan ummi, mungkin abah risau tengok kedaan ummi yang dalam kedaan sedih dan tak nak fikirkan yang bukan-bukan.

Petang tu ummi dan abah ke hospital melawat Haikal, kedaan Haikal kembali stabil, dan waktu kami sampai Haikal tidur, ummi usap-usap kepala Haikal dan tak berani nak belai badan Haikal takut ummi dengan wayar yang bersirat kat badan Haikal. Perasaan takut ditambah dengan bunyi bib di dalam NICU. Sesungguhnya semua tu asing bagi ummi. Ummi akan marah abah kalau sentuhan abah membuatkan Haikal bergerak, jangan pegang macam tu, nanti dia bangun macam mana, ganggu dia tidur, saya takut kalau berlaku apa-apa yang tak diingini, kata ummi kepada abah. Abah seperti memahami dan cuba mengusap Haikal dengan perlahan. Puan kami terpaksa hentikan daripada memberi susu puan kepada anak puan kerana anak puan masih lagi dalam pemantauan, tapi puan boleh terus perah susu dan hantar, sebab kami akan simpan susu tu dan akan bagi bila doktor dah benarkan nanti, jelas jururawat kepada ummi bila ummi nak bagi susu untuk Haikal kepada jururawat. Ye..ke? jawab ummi agak kecewa, tak pelah nanti boleh bagi lagi pujuk untuk diri sendiri. Mulai dari hari itu, menjadi rutin ummi dan abah untuk ke hospital melawat Haikal dan ummi tak akan lupa membawa bekal susu untuk Haikal, dan mulai dari hari itu jugak abah dah mula puasa dengan niat semoga dimudahkan segala urusan selain itu, jugak abah jugak tak henti-henti memberi sedekah pada masjid dan meminta sembahyang hajat dilakukan untuk Haikal. Harapan ummi dan abah agar Haikal cepat keluar hospital. Abah dari hari itu jugak telah memohon cuti selama seminggu untuk menguruskan ummi dan melawat Haikal di hospital. Ya Allah cepatlah Haikal sihat dan keluar dari hospital, itulah doa ummi hari-hari dan ummi percaya itu jugak lah doa abah untuk Haikal...Bersambung....

Sunday 29 May 2011

Bahagia Walau Dalam Duka

 

Hmmm...my family...macam keluarga lain kat Malaysia jugak, tak lah dari golongan orang kaya raya..sederhana je al maklumlah kami suami isteri makan gaji. Saya kejenya kat Institusi Pengajian Awam, sektor gomen la tu,  hmmm dah 7 tahun still kontrak sambil tu tengah sambung master, suami pulak keja private sector, pendapatan kami berdua ok la alhamdulillah.. apa yang istimewanya family kami ni sebab ada kurniaan dari Allah seorang anak istimewa iaitu Haikal, dan seorang puteri yang banyak celotehnya Aisyah.

03042011207-108052011299-116052011336-108052011301-1

Haikal dah berumur 3 tahun, bagi kami dia seorang yang tabah dan kuat mengharungi hidupnya..ye lah daripada tak gerak langsung pada mulanya sampailah sekarang dah boleh meniarap sendiri, bukan itu je sekarang dah pandai nak suruh orang kendong bawa dia keluar rumah, bila dalam keta dah pandai toleh kiri dan kanan menikmati panorama kat luar. Letih jugak lah nak layan kerenah dia nih, ye la dia kan pakai trachei (alat pernafasan) mana nak jaga benda alah tu lagi, mana nak layan kehendak dia lagi, dulu kalau letak dalam walker ok lagi boleh tinggalkan sekejap gi dapur buat apa yang patut, tapi sekarang dia boleh tolak dengan kakinya ke belakang sekali sekala nak terbalik jugak lah walker tu ke belakang, kus semangat...tatutnya ya Allah..doktor diagnoskan Haikal ni dengan nama cebral palcy dan delay development, hmmmm tak pelah lambat sikit dari kanak-kanak lain pun tak pe kan sayang yang penting Haikal ada perkembangan dan ummi doakan Haikal akan jadi insan yang hebat unggul suatu hari nanti..insyaallah..Haikal ni tak leh demam sikit, mesti kena admit hospital..kami dah biasa dengan kedaan ni..hospital tu dah jadi rumah kedua kami..dalam setahun tu ada lah 2 atau 3 kali lah Haikal akan admit...Hmmm nak buat cam ne sementara nak besar la orang kata..Image0219-1IMG_1944-103042011209-129032011196-118042011241-118042011242-129032011193-1

18042011284-1

Aisyah pula puteri sulung kami, berumur 5 tahun..dah gi tadika, PASTI Ainul Mardhiah. Aisyah ni banyak celotehnya dan sudah pastinya manja. Sejak pegi sekolah suka sangat dengan buku-buku, pantang nampak buku kat kedai nak suruh kita orang belikan untuk dia je. Waktu pagi nak ke sekolah, memang waktu yang tidak digemari oleh Aisyah, mesti dia akan menangis masa mula bangun, nak makan pagi ya Allah punya lah susah. Hari-hari kena bagi bagi kata motivasi macam ni.. “hari ni hari isnin, esok selasa ada 4 hari lagi je nak sekolah lepas tu cuti”..macam tu hari-hari kena pujuk..tapi bila dah siap naik keta dah tak de apa dah..masa balik dari sekolah macam-macam nak diceritakan pada kami..selalunya abah dia akan jemput dia dari sekolah pukul 1, itu lah rutin hari-hari. Satu kelebihan Aisyah dia pandai pujuk saya..lebih-lebih lagi bila dia tengok ummi dia tengah sedih, dia dengan sendirinya dah tahu kalau sedih tu mesti pasal Haikal.. “Ummi..janganlah sedih..nanti Allah bagi Haikal sihat..Allah yang bagi sakit..Allah yang bagi sihat...Aisyah kan ada.. janganla risau” itulah kata-kata Aisyah yang begitu menyentuh perasaan hati saya.

08052011300-114052011323-117032011162-117052011340-127022011134-1IMG_2032-1

Apa-pun..walaupun orang nampak kami macam kesedihan tapi, disebaliknya Allah bagi nikmat kebahagiaan..dan hari-hari yang kami lalui bersama dengan penuh keceriaan dengan cara kami sendiri…