Kehadiranmmu ke dunia ini amat dinanti-nantikan
Kau membuatkan hati sorang ibu berbunga-bunga
Kau membuatkan hati seorang ibu berasa bahagia
Kau membuatkan hati seorang ayah berbangga
Kau membuatkan hati seorang kakak gembira
Semasa dalam kandungan lagi ibumu bermimpi
Bermimpi berada di dasar laut yang sangat dalam
Bermimpi melawan arus lautan yang sangat kuat
Bermimpi keluar dari lautan dijulang sangat tinggi
Bemimpi berada di dalam sebuah kedai berkain putih
Waktu kau tiba penuh duka dan lara
Badai yang datang tiada siapa yang jangka
Musibah atau rahmat semua kebingungan
Ada manusia mengatakan ia adalah bala
Ada manusia mengatakan ia adalah ujian
Kau buat kalbu seorang ibu begitu derita
Kau buat kalbu seorang ibu begitu lara
Kau buat kalbu seorang bapa begitu rungsing
Kau buat kalbu seorang bapa begitu gelisah
Kau buat kalbu kami begitu sayu
Kepada pencipta yang paling tertinggi telah di adu
Kepada pemilik yang paling tertinggi telah di rayu
Kepada kerajaan yang paling tertinggi telah di mohon
Kepada tuan yang paling tertinggi telah di minta
Kepada yang paling berkuasa telah di serahkan
Kehadiranmu bukannya tanda bala
Kehadiranmu bukannya tanda kemurkaan
Kehadiranmu bukannya tanda kesilapan
Kehadiranmu bukannya tanda kebencian
Kehadiranmu bukannya tanda sumpahan
Kehadiranmu tanda kebesaran maha kuasa
Kehadiranmu tanda kasih maha penyayang
Kehadiranmu tanda kekuatan maha agung
Kehadiranmu tanda inovasi maha bijaksana
Kehadiranmu tanda kekuasaan maha kuasa
Kau mula bangkit dari sengsara
Kau mula bangkit dari derita
Kau mula hendak menjadi hebat
Kau mula hendak menjadi unggul
Kau sudah bangun membuktikan dia maha berkuasa
1 comment:
Kak min..bagi kat En Nal..sedapla kak..sangat menyentuh jiwa..da kira puisi ni kak kan
Post a Comment