Saturday 13 October 2012

Keguguran lagi

 
Dalam tempoh 9 bulan aku dah kehilangan 2 baby boy dimana2 kedua-dua kandungan  sama iaitu 4 bulan. Sebenarnya setelah gugur kali pertama dulu setelah 3 bulan cuba sekali lagi untuk mengandung. Tapi akhirnya, masuk je usia kandungan 4 bulan baby tak bernafas. Alahai dah takde rezeki nak buat macam mana.
Sebenarnya kedua-dua kes keguguran adalah sama iaitu baby berhenti bernafas pada usia nak masuk 4 bulan. Pada kes pertama aku tak perasan yang baby dah berhenti bernafas sampailah dia keluar sendiri. Untuk kes kedua pula aku mula perasan dan tak sedap hati bila perut aku tak besar2, macam makin lama makin  mengecil. Pada malam 27/6/2012 aku cuba pergi dari satu klinik ke satu klinik untuk scan nak tahu keadaan baby, sebab rasa tak sedap hati sangat lebih-lebih lagi bila ditegur oleh suami dan bibik pasal perut makin kecil. Tapi malangnya tak ada satu klinik pun bukak sebab waktu tu dah pukul 10 malam, pergi hospital swasta pulak mereka tak dapat scan sebab Dr.  pakar dah tak bertugas. Akhirnya buat keputusan esok jelah pegi klinik panel jumpa Dr. Rohaya. Malam tu tido mimpi baby kita sihat siap minum susu botol lagi, jugak dapat lihat wajah  baby comel sangat putih macam Haikal. Tengah malah terjaga, hati rasa senang sangat sebab dapat mimpi indah macam tu.
Esonya 28/6/2012 masa check up dengan Dr. Rohaya , bila Dr. scan je aku dah mula berdebar baby tak gerak pun puas Dr cari nadi tapi tak dapat. Akhir sekali Dr. sahkan baby dah tak bernafas, Ya Allah, terima jelah dengan redha. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya. “KITA HANYA BOLEH MENTADBIR TAPI TAKDIR DITANGAN ALLAH”.
Kes aku telah direfer ke Hospital Annur dengan Dr. Fatimah Mustafa, baik sangat Dr ni. sebelum tu gi hospital serdang, tapi Dr bagi appointment 2 minggu lagi untuk lihat balik, macam mana tu? . Oleh sebab baby dah cukup sifat Dr. kata kena induce dan lahirkan baby secara normal dan selepas tu baru D&C. Pada 29/6/2012 pukul 7 petang baru selesai semuanya.
Hasil penyiasatan Dr terhadap DNA didapati tiada atau tidak wujud kromosom yang pelik2 ditemui, that mean baby sebenarnya sihat dan darah aku dan suami ok tak ade masaalah, cuma tak ade rezeki. Menurut Dr. Fahmi (Klinik Dr. Rohaya), kes aku ni berkemungkinan berpunca daripada tekanan, kerana menurutnya apabila kita didalam kedaan stress otak secara automatik akan menolak untuk hamil. wallahualam..apapun tetap bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan dan yang penting masih bernyawa dan terus boleh melihat wajah anak2 dan suami yang tercinta.
Aku juga dapat melihat sendiri baby aku, lengkap sifatnya and he is a boy. Suami juga ada maklumkan dekat aku baby pertama aku juga boy sebab ustaz yang mandikan tu yang cakap. La nape la tak cakap awal2 ? suami cakap dia lupa. Baby lelaki aku dimandikan dan dikafankan oleh ustaz di Pusat Islam UPM dan telah dikebumikan ditanah perkuburan UPM. Samalah macam abangya dikebumikan ditempat yang sama. Ummi namakan kedua-dua hero ummi Muhammad Syahmi dan Muhammad Umar. Ummi sayang anak2 ummi. Ada rezeki kita jumpa disama Insyaallah….
131020122515
(Gambar Baby Muhammad Umar, almost 4 month dalam dalam perut)
 
131020122516
(Surat refer Dr. Rohaya ke Hospital Annur)
131020122517
(Keputusan DNA- Ujian keatas plasenta mendapati tiada kromosom yang pelik2 ditemui)