Tuesday 31 May 2011

Debaran Pertama

 

Isnin, 21 April 2008, memang hari yang ditunggu-tunggu oleh ummi, ye la dah tak sabar rasanya nak ke Hospital. Pagi tu ummi mandi agak awal jugak dalam pukul 8.00 pagi, abah cakap pegi tengok Haikal dalam pukul sepuluh macam tu. Ummi ingat nak siap awal sikit tak perlulah gopoh-gopoh sampai ke hospital. Tapi sedang ummi mandi ummi dikejutkan dengan suara abah memanggil ummi. Ye..kenapa? jawab ummi dari dalam bilik air. Kita pergi awal sikit ye..Dr dari hospital telefon cakap pihak hospital perlukan darah awak, siap cepat ye. Pelik ummi nape nak darah pulak? Soal ummi dalam hati, tapi ummi beranggapan mungkin itu prosedur biasa kot sebeleum membenarkan Haikal balik. Ye..ye saya cepat lah ni, jawab ummi. Masa ummi tengah siap, ummi perasan abah macam lain macam je, muka dia nampak agak risau fikirkan sesuatu, nape awak ni macam gelabah je saya tengok? Tak ade ape-ape..awak tu siap la cepat..saya siap la ni, awak ingat apa tak larat tau..suasana macam tegang sikit..abah terus tunggu ummi kat ruang tamu dengan memegang kunci kereta, macam dah tak sabar ke hospital.Ummi diam kan diri je dan terus menaiki kereta..tak nak cipta apa-apa ketegangan lagi. Dalam keta ummi tanya abah, nape tiba-tiba doktor nak darah pulak? Hmmm..tak tahulah kita pegi sana dulu tengok apa citer. Sampai di hospital, ummi cakap dengan abah ummi tak larat nak jalan ke NICU, dan minta abah dapatkan wheelchair untuk ummi. Abah dengan tergesa-gesa dapatkan wheelchair untuk ummi, sementara ummi tunggu di kerusi tempat menunggu di ruang lobi. Dari jauh ummi nampak dengan tergopah-gapah abah bawakan wheelchair dan menuju ke arah ummi, masa tu ummi rasa kesian sangat kat abah, susah payah carikan wheelchair untuk ummi dengan wajah yang ummi lihat macam kesedihan, tapi kenapa? soal ummi dalam hati. Ummi biarkan sahaja persoalan itu dalam hati, tak nak tanya soal lebih-lebih pada abah, dan terus berdoa agar semuanya ok sahaja. Jom, nanti saya pimpin awak naik ke wheelchair, kata abah sejurus membawa wheelchair tu kepada ummi.

Sampai je di pintu masuk NICU, ummi disuruh oleh nurse untuk mencuci tangan dan menulis nama sebelum masuk. Tiba je ummi dekat court Haikal, ummi nampak suasana yang agak tegang, seorang doktor dan beberapa jururawat sedang bertukus lumus sedang melakukan sesuatu, ummi tak pasti apa yang doktor lakukan masa tu, tapi yang ummi nampak doktor sedang mengepam dengan menggunakan alat ke mulut Haikal, Haikal ummi lihat dari jauh seperti lemas untuk bernafas. Ummi tercengang melihat keadaan yang sedang berlaku di depan ummi. Adam anak ummi, ya Allah kesiannya..bicara ummi dalam hati..kenapa dengan anak kita? Apa yang sedang berlaku ni? Abah seperti separuh macam nak nangis menceritakan pada ummi yang sebenarnya pagi tadi dia menerima panggilan dari pihak hospital menyatakan Haikal dalam kedaan tenat tersedak susu dan meminta ummi dan abah  datang kehospital dengan segera, dan meminta agar ummi dapat memberi darah mungkin untuk prosedur pihak hospital. Oh patutlah ummi lihat kedaan abah macam gelabah je masa kat rumah, kesian abah dia tak nak ceritakan perkara ini kat ummi sebab tak nak terjadi sesuatu kat ummi yang menghalang daripada ummi hadir ke hospital.

Sekejap kemudian jururawat meminta kebenaran agar darah ummi di ambil.Pada masa yang sama ummi lihat abah menyoal sesuatu dalam keadaan marah kepada doktor yang bertugas. Macam mana anak saya boleh tersedak susu? Siapa yang bertanggungjawab untuk menyusukan anak saya? Pertama kali ummi lihat wajah abah tersangatlah marah. Ummi tak berapa faham dengan penjelasan yang diberikan oleh doktor, tapi menurut doktor Haikal terkena jangkitan kuman yang menyebabkan kedaan Haikal tak berapa stabil dan menyebabkan Haikal tersedak susu. Kenapa darah saya diambil nurse? Soal ummi kepada nurse, darah puan di ambil untuk diuji bagi pihak hospital mengenal pasti ada tak sel darah puan sama dengan sel darah anak puan, pihak kami dapati anak puan mempunyai darah jenis 0- , susah nak dapat darah ni, jadi prosedur ni diperlukan bagi membantu anak puan. Ummi mengangguk dan cuba memahami lagi untuk kesekian kalinya. Doktor yang disoal abah tadi telah membuat panggilan kepada doktor pakar untuk hadir ke NICU bagi menjawab soalan yang di utarakan oleh ummi dan abah dan menjelaskan kedaan Haikal. Sementara itu, kami diminta untuk menuggu diluar, bagi membolehkan pihak doktor dan jururawat terus menguruskan Haikal. Dalam masa 15 minit kemudian kami didatangi oleh seorang doktor pakar untuk menerangkan kedaan Haikal. Kenyataan doktor tersebut sama jugak dengan kenyataan yang diberikan oleh doktor pertama yang memberi kenyataan tadi. Doktor pakar tersebut, menyatakan sekarang Haikal dalam kedaan stabil tapi terpaksa di ventilate bagi menstabilkan pernafasannya terlebih dahulu. Doktor, tolonglah tengokkan anak saya.. tolong sangat-sangat..rayu ummi pada doktor pakar tu. Puan insyaallah anak puan tak akan apa-apa, apa yang boleh saya tolong, saya akan tolong dan yang lain tu serah saja pada Allah jawab doktor tadi. Abah yang tadi agak marah, sekarang agak reda sikit dengan penjelasan doktor. Setelah doktor beredar dari situ, ummi hanya menangis tak tahu apa yang perlu nak buat melainkan percaya dengan kata-kata doktor buat masa sekarang, sebenarnya ummi dan abah pada masa tu tak tahu buntu dengan apa yang sedang dilalui, setiap penjelasan yang doktor bagi kami terima tanpa bangkangan. Abah terus peluk ummi dan cuba tenangkan ummi. Sebenarnya kami sama-sama nangis sayang, menangis takut kehilangan Haikal, rasanya jika terjadi apa-apa kepada Haikal ummi dan abah tak tahu macam mana nak hadapi semua ini. Semua ini baru bagi kami, NICU, Ventelator, semua tu baru bagi kami. Ummi cuba mengubungi ustaz Hashim untuk memaklumkan kedaan Haikal, sebenarnya ustaz Hashim adalah orang yang sentiasa ummi dan abah rujuk dalam menghadapi kemusykilan lebih-lebih lagi soal agama, selain itu ustaz jugak pandai dalam mengubati orang sakit. Sabar jelah Yasmi, serah pada Allah, dia yang menentukan semuanya, tapi saya doakan untuk dia, pujuk ustaz. Selain itu, ummi jugak menghubungi ayah ummi iaitu datuk Haikal untuk memaklumkan perkara yang sama dan jawapan dari datuk Haikal pun sama, dan meminta ummi bersabar, dan ingat semua yang terjadi adalah kehendak Allah, kata datuk Haikal. Sebenarnya ummi kelu dengan jawapan yang diberikan, dan masih keliru dan tidak memahami apa yang sedang berlaku. Abah jugak cuba menghubungi beberapa saudara termasuk nenek Haikal berkenaan kedaan Haikal. Ummi dan abah terus pulang tak dapat tengok Haikal, ummi cakap petang nanti kita datang lagi biarlah doktor dan jururawat yang tengokkan Haikal. Ummi dan abah singgah di rumah pengasuh Baji Aisyah untuk mengambil dia disitu. Tadi sebelum ke Hospital abah tinggalkan Aisyah disitu. Masa sampai disitu, ummi tak dapat menceritakan apa-apa pun kepada pengasuh kecuali menangis, dia pun turut menangis, sambil berkata, Yasmin dan Salim pulanglah dulu biar Aisyah kat sini sahaja, datang malam je ambil dia, balik dan rehat lah dulu. Terima kasih Ammai (panggilan pengasuh Aisyah) jawab ummi pada ammai. Untuk membantu ummi kat rumah, abah jugak telah mintak adik perempuan dia iaitu ibu saudara Haikal untuk tolong apa yang patut dan temankan ummi, mungkin abah risau tengok kedaan ummi yang dalam kedaan sedih dan tak nak fikirkan yang bukan-bukan.

Petang tu ummi dan abah ke hospital melawat Haikal, kedaan Haikal kembali stabil, dan waktu kami sampai Haikal tidur, ummi usap-usap kepala Haikal dan tak berani nak belai badan Haikal takut ummi dengan wayar yang bersirat kat badan Haikal. Perasaan takut ditambah dengan bunyi bib di dalam NICU. Sesungguhnya semua tu asing bagi ummi. Ummi akan marah abah kalau sentuhan abah membuatkan Haikal bergerak, jangan pegang macam tu, nanti dia bangun macam mana, ganggu dia tidur, saya takut kalau berlaku apa-apa yang tak diingini, kata ummi kepada abah. Abah seperti memahami dan cuba mengusap Haikal dengan perlahan. Puan kami terpaksa hentikan daripada memberi susu puan kepada anak puan kerana anak puan masih lagi dalam pemantauan, tapi puan boleh terus perah susu dan hantar, sebab kami akan simpan susu tu dan akan bagi bila doktor dah benarkan nanti, jelas jururawat kepada ummi bila ummi nak bagi susu untuk Haikal kepada jururawat. Ye..ke? jawab ummi agak kecewa, tak pelah nanti boleh bagi lagi pujuk untuk diri sendiri. Mulai dari hari itu, menjadi rutin ummi dan abah untuk ke hospital melawat Haikal dan ummi tak akan lupa membawa bekal susu untuk Haikal, dan mulai dari hari itu jugak abah dah mula puasa dengan niat semoga dimudahkan segala urusan selain itu, jugak abah jugak tak henti-henti memberi sedekah pada masjid dan meminta sembahyang hajat dilakukan untuk Haikal. Harapan ummi dan abah agar Haikal cepat keluar hospital. Abah dari hari itu jugak telah memohon cuti selama seminggu untuk menguruskan ummi dan melawat Haikal di hospital. Ya Allah cepatlah Haikal sihat dan keluar dari hospital, itulah doa ummi hari-hari dan ummi percaya itu jugak lah doa abah untuk Haikal...Bersambung....

Sunday 29 May 2011

Bahagia Walau Dalam Duka

 

Hmmm...my family...macam keluarga lain kat Malaysia jugak, tak lah dari golongan orang kaya raya..sederhana je al maklumlah kami suami isteri makan gaji. Saya kejenya kat Institusi Pengajian Awam, sektor gomen la tu,  hmmm dah 7 tahun still kontrak sambil tu tengah sambung master, suami pulak keja private sector, pendapatan kami berdua ok la alhamdulillah.. apa yang istimewanya family kami ni sebab ada kurniaan dari Allah seorang anak istimewa iaitu Haikal, dan seorang puteri yang banyak celotehnya Aisyah.

03042011207-108052011299-116052011336-108052011301-1

Haikal dah berumur 3 tahun, bagi kami dia seorang yang tabah dan kuat mengharungi hidupnya..ye lah daripada tak gerak langsung pada mulanya sampailah sekarang dah boleh meniarap sendiri, bukan itu je sekarang dah pandai nak suruh orang kendong bawa dia keluar rumah, bila dalam keta dah pandai toleh kiri dan kanan menikmati panorama kat luar. Letih jugak lah nak layan kerenah dia nih, ye la dia kan pakai trachei (alat pernafasan) mana nak jaga benda alah tu lagi, mana nak layan kehendak dia lagi, dulu kalau letak dalam walker ok lagi boleh tinggalkan sekejap gi dapur buat apa yang patut, tapi sekarang dia boleh tolak dengan kakinya ke belakang sekali sekala nak terbalik jugak lah walker tu ke belakang, kus semangat...tatutnya ya Allah..doktor diagnoskan Haikal ni dengan nama cebral palcy dan delay development, hmmmm tak pelah lambat sikit dari kanak-kanak lain pun tak pe kan sayang yang penting Haikal ada perkembangan dan ummi doakan Haikal akan jadi insan yang hebat unggul suatu hari nanti..insyaallah..Haikal ni tak leh demam sikit, mesti kena admit hospital..kami dah biasa dengan kedaan ni..hospital tu dah jadi rumah kedua kami..dalam setahun tu ada lah 2 atau 3 kali lah Haikal akan admit...Hmmm nak buat cam ne sementara nak besar la orang kata..Image0219-1IMG_1944-103042011209-129032011196-118042011241-118042011242-129032011193-1

18042011284-1

Aisyah pula puteri sulung kami, berumur 5 tahun..dah gi tadika, PASTI Ainul Mardhiah. Aisyah ni banyak celotehnya dan sudah pastinya manja. Sejak pegi sekolah suka sangat dengan buku-buku, pantang nampak buku kat kedai nak suruh kita orang belikan untuk dia je. Waktu pagi nak ke sekolah, memang waktu yang tidak digemari oleh Aisyah, mesti dia akan menangis masa mula bangun, nak makan pagi ya Allah punya lah susah. Hari-hari kena bagi bagi kata motivasi macam ni.. “hari ni hari isnin, esok selasa ada 4 hari lagi je nak sekolah lepas tu cuti”..macam tu hari-hari kena pujuk..tapi bila dah siap naik keta dah tak de apa dah..masa balik dari sekolah macam-macam nak diceritakan pada kami..selalunya abah dia akan jemput dia dari sekolah pukul 1, itu lah rutin hari-hari. Satu kelebihan Aisyah dia pandai pujuk saya..lebih-lebih lagi bila dia tengok ummi dia tengah sedih, dia dengan sendirinya dah tahu kalau sedih tu mesti pasal Haikal.. “Ummi..janganlah sedih..nanti Allah bagi Haikal sihat..Allah yang bagi sakit..Allah yang bagi sihat...Aisyah kan ada.. janganla risau” itulah kata-kata Aisyah yang begitu menyentuh perasaan hati saya.

08052011300-114052011323-117032011162-117052011340-127022011134-1IMG_2032-1

Apa-pun..walaupun orang nampak kami macam kesedihan tapi, disebaliknya Allah bagi nikmat kebahagiaan..dan hari-hari yang kami lalui bersama dengan penuh keceriaan dengan cara kami sendiri…

Tuesday 24 May 2011

Kelahiran Haikal


Muhammad Adam Haikal...itulah nama anak ummi yang sangat ummi sayangi dan kagum,kisah Haikal bermula pada hari pertama dia di lahirkan pada Jumaat 18 April 2008 jam 2.15 petang, ketika semua jemaah selesai mengerjakan solat Jumaat. Ummi dikabarkan oleh jururawat sebaik sahaja Haikal dilahirkan Haikal perlu dimasukkan ke NICU kerana Dr. dapati  Haikal tak menangis sekejap waktu dilahirkan. Oh ye ke,  ummi jawab dengan tenang dan cuba untuk memahami sambil jururawat sibuk menguruskan diri ummi yang baru sahaja melahirkan Haikal, tapi sekali sekala ummi terlupa dan masih bertanya pada jururawat, nurse mana anak saya? eh anak puan kan ada di NICU,  oh... lupa lagi, jawab ummi dalam hati. Sebentar kemudian Dr yang menyambut kelahiran datang memberi maklumat berkenaan Haikal yang terpaksa ditahan dalam NICU. Puan anak puan comel sangat, putih macam puan jugak ummi tersenyum rasa bangga pun ada, lagilah buat ummi rasa tak sabar nak tengok Haikal, tapi kami terpaksa tahan sekejap di NICU sebab dia tak nangis dalam beberapa minit  masa mula2 dilahirkan tadi..tapi jangan risau, cuma untuk pemantauan dalam sehari atau dua hari boleh keluar tu.

Keseokan harinya ummi minta jururawat yang bertugas bawa ummi ke NICU untuk lihat keadaan Haikal disana. Puan, baby puan di dalam court baby yang tengah tu puan, ummi mencari-cari..buat pertama kali ummi lihat wajah Haikal rasa macam tak percaya je itu anak ummi. Haikal putih, rambut perang, kalau nak ikut kan ummi tak lah putih sangat dan abah hmmmm lagi lah tak berapa cerah, dulu masa baji Aisyah dilahirkan pun tak lah cerah, jadi ummi rasa mungkin anak ummi akan berkulit macam baji je. Ummi pegi dekat Haikal, masa tu Haikal hanya pakai pampers je..ummi tengok anak ummi sihat je, cam ok je, ummi pegang kaki kanan Haikal dan cuba usap perlahan-lahan. Ummi panggil  Adam sayang..masa mula dulu Haikal dipanggil dengan nama Adam. Haikal nangis, ummi cuba memujuk tapi sedih sangat masa tu tak leh nak pangku Haikal, nurse anak saya macam mana, bila boleh keluar dari sini? Oh..dia ok.. semalam kami bagi oksigen, tapi sekarang dah of insyaallah mungkin isnin ni . Isnin? Lamanye, hari ni tak boleh ke?  Nurse senyum, puan hari ni sabtu dan esok Ahad cuti, so Isnin baru Dr pakar ada, sabar ye puan.. Hmmm kecewanye ummi masa tuh. Nurse apa wayar kat mulut dalam anak saya tu? Oh itu tiub susu dia, anak puan akan diberi susu melalui tiub tu, nape tak bagi minum pakai botol susu je tanya ummi lagi pelik? Puan, di NICU setiap bayi yang di didalam pemantauan akan diberi susu melalui tiub ni, tapi puan tak perlu risau sementara sahaja. Ummi mengangguk cuba untuk memahami lagi, padahal perkara tu amat janggal bagi ummi tapi ummi cuba tenangkan hati ini, tak pe sementara je, isnin Haikal dah ada kat rumah dah. Sekejap tu ummi Nampak kelibat abah..datang amik ummi sambil tu datang tengok Haikal  jugak.
           
            Saya pegi wad tadi, nurse kat sana cakap awak ada kat sini tu yang terus saya datang sini. Haah, tak sabar nak tengok Adam. Jom naik, awak tu bukan sihat lagi pun kena rehat, tak pa sini nurse dan doctor ada 24 jam akan pantau Adam, lagipun Adam dah ok. Ummi cium adam dan belai seluruh tubuh Adam sebelum beredar dari situ, esok ummi datang lagi ye sayang, perlahan ummi bisik ke telinga Haikal. Nurse, macam mana dengan susu anak saya? Boleh saya bagi susu badan untuk anak saya? Boleh puan ia amat digalakkan, puan boleh perah dan hantar kesini, kami akan berikan susu puan kepada bayi puan. Terima kasih nurse sambil memberi senyuman yang panjang sampai ketelinga tanda puas dengan jawapan tersebut.  Menurut abah, sebaik sahaja Haikal  dilahirkan Haikal di azan dan diberikan sedikit air zam-zam dan kurma yang telah dikunyah kemulut Adam. Masa baji Aisyah pun abah buat perkara yang sama jugak. Abah bawa ummi balik ke wad, sampai sana doktor yang merawat menyatakan ummi boleh pulang ke rumah hari ni, tapi Haikal kena tinggal di NICU sampai hari isnin bagi tujuan pemantauan. Hmmmm, sedih la pulak balik tanpa Haikal  tapi tak pe isnin ni Haikal  dah boleh balik, ummi cuba pujuk lagi hati ummi. Awak jangan risau, saya akan selalu datang tengok Adam kat NICU, lagi pun cuma sehari je lagi, pujuk abah. Nanti awak jangan lupa belikan pemerah susu ye, saya nak perahkan susu nanti boleh bawak untuk Adam. Ye nanti saya belikan, jawab abah dengan senyuman walaupun keletihan mungkin penat jaga baji Aisyah malam tadi. Jarak rumah kita di Serdang ke Hospital Putrajaya tak lah jauh sangat, abah akan melawat Haikal  2 atau tiga kali dalam sehari, dengan membawa bekalan susu yang ummi perah untuk Haikal. Alhamdulillah, susu yang diperah memang banyak dah rezeki Haikal agaknya, ummi nak menyusu Haikal dengan susu ummi sepenuhnya sama seperti Baji Aisyah yang memang minum hanya susu ummi selama dua tahun. Setiap kali abah balik dari hospital, terus je ummi tanya kedaan Haikal, bukan setakat tu je, masa abah kat hospital pun ummi telefon dua tiga kali nak tanya kedaan Haikal. Abah cakap Haikal sihat, ummi tak habis-habis tanya ada tak nurse bagi susu saya kat Adam? Ye memang dia orang bagi susu awak pun kat Adam. Setiap kali dengar jawapan tu, hati ummi akan berbunga-bunga, rasa tenang, sebab susu yang ummi perah dah mengalir ketubuh Haikal  menjadi darah daging Haikal. Abah pula tak jemu2 layan soalan yang sama je setiap kali dia pulang dari hospital. Ummi rasa hari isnin macam lambat je, padahal hanya esok je, tapi Haikal  tahu tak setiap saat yang ummi lalui untuk tunggu Haikal  pulang ke rumah hanya Allah sahaja yang tahu, tersiksa sungguh rasanya, nasib baik abah ada rakamkan gambar Haikal  masa mula lahir, itulah yang ummi tatap hari2 nak hilangkan rasa rindu kat Haikal. Alhamdulillah, dah sepasang anak ummi dan abah, terima kasih ya Allah dengan anugerah yang telah kau kurniakan ini. Hai tak sabarnye nak tunggu hari isnin, mesti rumah ni akan riuh dengan suara baji Aisyah yang pastinya seronok sangat dapat adik. Ummi membayangkan betapa sibuknye nanti ummi nak layan kedua-dua anak ummi, lagi pun perkara yang paling seronok ialah nak bawak Haikal balik kampung Kedah, sebab nak berpantang kat sana masa ni la pun nak balik cuti lama-lama kat kampong maklum sajelah ummi keja memang kalau balik kampong pun memang tak lama, cuti macam ni yang ditunggu-tunggu....Bersambung....



Monday 23 May 2011

Salam Perkenalan

Assamualaikum kepada semua, sebenarnya untuk permulaan ni tak tahu apa yang perlu dibicarakan atau ditulis, rasanya kalau nak dibandingkan dengan blog orang lain yang sedia ada tak lah hebat mana pun. Sebenarnya idea untuk menulis melalui blog ini sudah lama ada, lebih - lebih lagi selepas kehadiran insan  istimewa anak lelaki saya Haikal. Ye la kan daripada dok cakap sorang-sorang depan cermin lebih baik diluahkan melalui blog ni, dapat juga share pandangan dengan semua orang.


Saya berharap semua luahan, pandangan atau apa sahaja maklumat yang akan dimuatkan di dalam blog saya ini nanti dapat memberi manfaat kepada semua dan berharap sangat dapat dijadikan amal jariah bila saya sudah tiada nanti.


Wassalam, sekali lagi salam ukhuah untuk semua rakan-rakan....