Assamualaikum kepada semua, sebenarnya untuk permulaan ni tak tahu apa yang perlu dibicarakan atau ditulis, rasanya kalau nak dibandingkan dengan blog orang lain yang sedia ada tak lah hebat mana pun. Sebenarnya idea untuk menulis melalui blog ini sudah lama ada, lebih - lebih lagi selepas kehadiran insan istimewa anak lelaki saya Haikal. Ye la kan daripada dok cakap sorang-sorang depan cermin lebih baik diluahkan melalui blog ni, dapat juga share pandangan dengan semua orang.
Saya berharap semua luahan, pandangan atau apa sahaja maklumat yang akan dimuatkan di dalam blog saya ini nanti dapat memberi manfaat kepada semua dan berharap sangat dapat dijadikan amal jariah bila saya sudah tiada nanti.
Wassalam, sekali lagi salam ukhuah untuk semua rakan-rakan....
No comments:
Post a Comment