Friday 25 August 2017

UMRAH 2014

     Alhamdulillah pada Disember 2014, kami telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan ke Mekah untuk melakukan ibadat umrah. Walaupun terdapat pelbagai halangan yang mendebarkan akhirnya dapat juga kami menjejakkan kaki di bumi Mekah. Plan mulanya bawa Haikal dan bibik sekali kesana, semua persiapan telah dilakukan namun pada hari hendak check in, Haikal tidak dapat masuk kerana gagal menyatakan keadaan kesihatan Haikal. Pihak penerbangan Emerate telah mensyarat beberapa peraturan bagi anak2 seperti Haikal dan sepatutnya perlu declare  seminggu sebelum tarikh penerbangan. Entah dimana silapnya, perkara ini sangat sensitif tetapi tidak dapat dinyatakan disini atas sebab menjaga nama dan aib orang barangkali. Atau boleh menjejaskan imej duniawi seseorang. ABoleh sahaja bersuara, tetapi tidak terdaya. Allahu, moga diampunkan dosa ummi dan dosa mereka. Hati remuk Allah sahaja tahu. Sehingga hari ini jika dikenangkan tidak akan dapat kami lupakan. Akhir sekali dengan berat hati kami terpaksa meninggalkan Haikal bersama bibik. hancur luluh hati ini, berkecai berkeping2. 'Tak pe ibu..ibu pergilah ini adalah panggilan Allah untuk ibu dan bapak..yakinlah saya akan menjaga Haikal dengan penuh tanggungjawab. Ini semua adalah takdir Allah dan terbaik untuk Haikal..kita sama2 doa..Allah ada untuk Haikal...'pujuk bibik dalam nada sebak. Bayangkan kami terpaksa meninggalkan Haikal anak kurang upaya kami yang tidak pernah kami tinggalkan walaupun sesaat ditangan orang lain saya ulang sekali lagi ANAK KURANG UPAYA...ANAK KURANG UPAYA...namun berbekalkan kisah pedoman nabi Ibrahim yang sanggup berkorban kerana Allah dalam menjalankan tugasnya sebagai Rasul, juga berdepan dengan ujian berpisah dengan anak kesayangannya nabi Ismail ketika masih bayi  dan ketika diperintah oleh Allah untuk menyembelih nabi Ismail untuk dijadikan korban. Beliau telah melakukan semua perintah Allah dengan penuh tanggungjawab. Kami melangkah ke Mekah dengan hati yang sangat2 hancur,  ummi..abah..Aisyah dan Yusuff .

       Namun keajaiban telah berlaku, sebaik sahaja dibumi Madinah hati yang gundah gulana menjadi sangat2 tenang, ajaib sangat perasaan itu. Allah...Allah...Allah...dia yang memegang hati ini, dia yang memberi ketenangan ini. Saat itu bermulalah perjalanan umrah di HARAMAIN. Untuk permulaan kami tinggal di Madinah lebih kurang 3 hari selepas itu ke Mekah 5 hari dan kembali semula ke Madinah selama 4 hari.

      Keseluruhan perjalanan kami sangat tenang, waktu itu musim sejuk, nyaman sangat. Raudhah menjadi saksi air mata ini dan tangan yang menadah memohon segala doa. Sangat teruja apabila dapat sembahyang dan memohon doa dibetul2 pintu kaabah. Menyelusuri perjalanan Madinah ke Mekah yang dihiasi gunung ganang, menyatakan di dalam hati betapa besarnya pengorbanan Rasulallah dalam memperjuangkan agama islam, takjub apabila mengenangkan Rasulallah mennyelusuri perjalanan yang gersang ini ketika peristiwa hijrah. Ada ketika berkata dalam hati ' kasihannya rasulallah'.

     
         Apa yang pasti..kenangan ini tidak akan dapat kami lupakan, lebih2 lagi si Aisyah yang sangat2 teruja dengan pengembaraan ini. Paling tidak dapat dilupakan ialah dia sanggup menaiki jabal rahmah dengan penuh semangat dan berdoa ' Ya Allah bagilah ummi dan abah bersama sampai bila2'..Allah..Allah...Allah...doa anak kecil...insyaallah makbul doanya.

MASJIDIL NABAWI

     
 PERKARANGAN  MASJID NABAWI



MAKKATUL MUKARRAMAH





























































Tuesday 15 August 2017

HOSPITAL, PESAKIT DAN PENJAGA (ADAB MELAWAT ORANG SAKIT)

       Diantara kenangan bersama Haikal yang tak dapat dilupakan adalah HOSPITAL....

Hospital adalah rumah kedua Haikal...dan bila admit sahaja akan selalunya Haikal akan berada di hospital paling sekejap pun 5 minggu...dan paling lama pernah berada dihospital selama 6 bulan....semua ini berlangsung sehingga 8 tahun hayat Haikal...
Hospital banyak memberi pelajaran..pengajaran dan pengalaman yang tak dapat dilupakan...
Pada mulanya ramai yang datang melawat...lama2...sedikit...jarang2...dan akhir sekali dah tak datang...ada yg tidak datang melawat tp masih bertanya khabar melalui phone atau orang terdekat...ada yg memang tak datang melawat langsung dan tidak bertanya khabar langsung...
Ada pelbagai karenah si pelawat yg datang yg boleh diterangkan melalui soalan dan kelakuan mereka:

1. Sakit apa pulak ni?...Doktor kata apa? Bila boleh keluar?
2. Kenapa asyik masuk hospital je dia ni ye?
3. Sebenarnya plan tak nak datang pun tapi.....
4. Anak saya pun demam tapi makan ubat dan antibiotik yg doktor bagi kat klinik tu cepat je sembuh...lagi pun anak saya makan makanan berkhasiat...
5.Ish...dengar masuk hospital ni takut je rasa kan....doa dijauhkan lah
6. Lama ye dia kalau masuk hospital?
7. Tak bawak dia jumpa ustazke...sapa2 mana2 ke?...takut sakit lain ni...lama sangat kat hospital...
8. Dia makan ikut tiub ni ye? kenapa dia bernafas macam tu? Beli kat mana mesin ni?dia mandi macam mana kat sini? kena masuk air ni lama ke?kamu lalu nak makan ke bila sedut kahak dia ni?
9. Kesiannya dia...tengoklah tangan dia...cucuk sana sini...kena ambil darah...doktor ni seksa dia ni...
10. Sabar ye...insyaallah Haikal pasti sembuh...
11. Suatu hari nanti bila Haikal dah besar...bila kenang semua ni dia akan sayang awak sangat2...
12. Tenang kan hati...Allah ada bersama awak...Allah jaga Haikal...
13. Ada yg datang tak sampai seminit dah nak balik...air matanya keluar tanpa henti...akhir sekali minta izin nak balik....


Keadaan kami?runsing...bimbang...dan perhatian sepenunhnya akan diberikan hanya pada Haikal...dan kalau ada tergurispun paling tidak ambil phone dan update status...
Dengan membaca komen2 positif pun terubat hati....kata2 baik tu bagai ubat buat kami....



==============================================================================

Hadis berkaitan:

"Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa." (Riwayat at-Tirmizi)


“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


==============================================================================

Adab melawat orang sakit:

1. Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Digalakkan membawa buah tangan yang bersesuaian. Tp ikut keperluan...
3. Membersihkan tangan sebelum bersalam dengan pesakit. Kalau dihospital telah disediakan hand sanitizer...jangan lah nak terasa hati jika diminta berbuat demikian...sebab tangan adalah agen kuman..
4.Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi.
5.Mendoakan pesakit agar cepat sembuh.
6.Memberi kata-kata semangat dan menggembirakan pesakit.
7. Keluar dari bilik sekiranya doktor atau jururawat memeriksa keadaan pesakit.
8. Sesuaikan waktu ziarah dan pendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat.Bukan sahaja pesakit penjaga pun perlu rehat.
9. Mengetahui keadaan sebenar pesakit, sama ada dia mempunyai harapan untuk sembuh, kritikal atau sekadar sakit biasa.
10. Perlahankan nada dering telefon bimbit atau menukar ke dalam mod diam atau getaran.
11. Tidak bercakap kuat2...takut terganggu pula pesakit yang lain.


==============================================================================


     Melalui pembacaan perkongsian kisah Balqis dimata kami disisinya...ada mencerikatan bab pelawat luar biasa...ya pelawat yg akan bertanya si penjaga...memeluk mereka erat...bertanya dah makan atau belum...memandang wajah si penjaga penuh kasih dan empati....suatu perkongsian yang sangat berharga....amat terkesan buat saya walaupun bacaan tersebut telah dibaca 2 tahun yg lalu....tidak ramai yang boleh menjadi pelawat luar biasa itu...termasuk diri ini ketika melawat pesakit...