Alhamdulillah pada Disember 2014, kami telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan ke Mekah untuk melakukan ibadat umrah. Walaupun terdapat pelbagai halangan yang mendebarkan akhirnya dapat juga kami menjejakkan kaki di bumi Mekah. Plan mulanya bawa Haikal dan bibik sekali kesana, semua persiapan telah dilakukan namun pada hari hendak check in, Haikal tidak dapat masuk kerana gagal menyatakan keadaan kesihatan Haikal. Pihak penerbangan Emerate telah mensyarat beberapa peraturan bagi anak2 seperti Haikal dan sepatutnya perlu declare seminggu sebelum tarikh penerbangan. Entah dimana silapnya, perkara ini sangat sensitif tetapi tidak dapat dinyatakan disini atas sebab menjaga nama dan aib orang barangkali. Atau boleh menjejaskan imej duniawi seseorang. ABoleh sahaja bersuara, tetapi tidak terdaya. Allahu, moga diampunkan dosa ummi dan dosa mereka. Hati remuk Allah sahaja tahu. Sehingga hari ini jika dikenangkan tidak akan dapat kami lupakan. Akhir sekali dengan berat hati kami terpaksa meninggalkan Haikal bersama bibik. hancur luluh hati ini, berkecai berkeping2. 'Tak pe ibu..ibu pergilah ini adalah panggilan Allah untuk ibu dan bapak..yakinlah saya akan menjaga Haikal dengan penuh tanggungjawab. Ini semua adalah takdir Allah dan terbaik untuk Haikal..kita sama2 doa..Allah ada untuk Haikal...'pujuk bibik dalam nada sebak. Bayangkan kami terpaksa meninggalkan Haikal anak kurang upaya kami yang tidak pernah kami tinggalkan walaupun sesaat ditangan orang lain saya ulang sekali lagi ANAK KURANG UPAYA...ANAK KURANG UPAYA...namun berbekalkan kisah pedoman nabi Ibrahim yang sanggup berkorban kerana Allah dalam menjalankan tugasnya sebagai Rasul, juga berdepan dengan ujian berpisah dengan anak kesayangannya nabi Ismail ketika masih bayi dan ketika diperintah oleh Allah untuk menyembelih nabi Ismail untuk dijadikan korban. Beliau telah melakukan semua perintah Allah dengan penuh tanggungjawab. Kami melangkah ke Mekah dengan hati yang sangat2 hancur, ummi..abah..Aisyah dan Yusuff .
Namun keajaiban telah berlaku, sebaik sahaja dibumi Madinah hati yang gundah gulana menjadi sangat2 tenang, ajaib sangat perasaan itu. Allah...Allah...Allah...dia yang memegang hati ini, dia yang memberi ketenangan ini. Saat itu bermulalah perjalanan umrah di HARAMAIN. Untuk permulaan kami tinggal di Madinah lebih kurang 3 hari selepas itu ke Mekah 5 hari dan kembali semula ke Madinah selama 4 hari.
Keseluruhan perjalanan kami sangat tenang, waktu itu musim sejuk, nyaman sangat. Raudhah menjadi saksi air mata ini dan tangan yang menadah memohon segala doa. Sangat teruja apabila dapat sembahyang dan memohon doa dibetul2 pintu kaabah. Menyelusuri perjalanan Madinah ke Mekah yang dihiasi gunung ganang, menyatakan di dalam hati betapa besarnya pengorbanan Rasulallah dalam memperjuangkan agama islam, takjub apabila mengenangkan Rasulallah mennyelusuri perjalanan yang gersang ini ketika peristiwa hijrah. Ada ketika berkata dalam hati ' kasihannya rasulallah'.
Apa yang pasti..kenangan ini tidak akan dapat kami lupakan, lebih2 lagi si Aisyah yang sangat2 teruja dengan pengembaraan ini. Paling tidak dapat dilupakan ialah dia sanggup menaiki jabal rahmah dengan penuh semangat dan berdoa ' Ya Allah bagilah ummi dan abah bersama sampai bila2'..Allah..Allah...Allah...doa anak kecil...insyaallah makbul doanya.
|
MASJIDIL NABAWI |
|
PERKARANGAN MASJID NABAWI
|
|
MAKKATUL MUKARRAMAH
|
No comments:
Post a Comment