Tuesday 31 May 2011

Debaran Pertama

 

Isnin, 21 April 2008, memang hari yang ditunggu-tunggu oleh ummi, ye la dah tak sabar rasanya nak ke Hospital. Pagi tu ummi mandi agak awal jugak dalam pukul 8.00 pagi, abah cakap pegi tengok Haikal dalam pukul sepuluh macam tu. Ummi ingat nak siap awal sikit tak perlulah gopoh-gopoh sampai ke hospital. Tapi sedang ummi mandi ummi dikejutkan dengan suara abah memanggil ummi. Ye..kenapa? jawab ummi dari dalam bilik air. Kita pergi awal sikit ye..Dr dari hospital telefon cakap pihak hospital perlukan darah awak, siap cepat ye. Pelik ummi nape nak darah pulak? Soal ummi dalam hati, tapi ummi beranggapan mungkin itu prosedur biasa kot sebeleum membenarkan Haikal balik. Ye..ye saya cepat lah ni, jawab ummi. Masa ummi tengah siap, ummi perasan abah macam lain macam je, muka dia nampak agak risau fikirkan sesuatu, nape awak ni macam gelabah je saya tengok? Tak ade ape-ape..awak tu siap la cepat..saya siap la ni, awak ingat apa tak larat tau..suasana macam tegang sikit..abah terus tunggu ummi kat ruang tamu dengan memegang kunci kereta, macam dah tak sabar ke hospital.Ummi diam kan diri je dan terus menaiki kereta..tak nak cipta apa-apa ketegangan lagi. Dalam keta ummi tanya abah, nape tiba-tiba doktor nak darah pulak? Hmmm..tak tahulah kita pegi sana dulu tengok apa citer. Sampai di hospital, ummi cakap dengan abah ummi tak larat nak jalan ke NICU, dan minta abah dapatkan wheelchair untuk ummi. Abah dengan tergesa-gesa dapatkan wheelchair untuk ummi, sementara ummi tunggu di kerusi tempat menunggu di ruang lobi. Dari jauh ummi nampak dengan tergopah-gapah abah bawakan wheelchair dan menuju ke arah ummi, masa tu ummi rasa kesian sangat kat abah, susah payah carikan wheelchair untuk ummi dengan wajah yang ummi lihat macam kesedihan, tapi kenapa? soal ummi dalam hati. Ummi biarkan sahaja persoalan itu dalam hati, tak nak tanya soal lebih-lebih pada abah, dan terus berdoa agar semuanya ok sahaja. Jom, nanti saya pimpin awak naik ke wheelchair, kata abah sejurus membawa wheelchair tu kepada ummi.

Sampai je di pintu masuk NICU, ummi disuruh oleh nurse untuk mencuci tangan dan menulis nama sebelum masuk. Tiba je ummi dekat court Haikal, ummi nampak suasana yang agak tegang, seorang doktor dan beberapa jururawat sedang bertukus lumus sedang melakukan sesuatu, ummi tak pasti apa yang doktor lakukan masa tu, tapi yang ummi nampak doktor sedang mengepam dengan menggunakan alat ke mulut Haikal, Haikal ummi lihat dari jauh seperti lemas untuk bernafas. Ummi tercengang melihat keadaan yang sedang berlaku di depan ummi. Adam anak ummi, ya Allah kesiannya..bicara ummi dalam hati..kenapa dengan anak kita? Apa yang sedang berlaku ni? Abah seperti separuh macam nak nangis menceritakan pada ummi yang sebenarnya pagi tadi dia menerima panggilan dari pihak hospital menyatakan Haikal dalam kedaan tenat tersedak susu dan meminta ummi dan abah  datang kehospital dengan segera, dan meminta agar ummi dapat memberi darah mungkin untuk prosedur pihak hospital. Oh patutlah ummi lihat kedaan abah macam gelabah je masa kat rumah, kesian abah dia tak nak ceritakan perkara ini kat ummi sebab tak nak terjadi sesuatu kat ummi yang menghalang daripada ummi hadir ke hospital.

Sekejap kemudian jururawat meminta kebenaran agar darah ummi di ambil.Pada masa yang sama ummi lihat abah menyoal sesuatu dalam keadaan marah kepada doktor yang bertugas. Macam mana anak saya boleh tersedak susu? Siapa yang bertanggungjawab untuk menyusukan anak saya? Pertama kali ummi lihat wajah abah tersangatlah marah. Ummi tak berapa faham dengan penjelasan yang diberikan oleh doktor, tapi menurut doktor Haikal terkena jangkitan kuman yang menyebabkan kedaan Haikal tak berapa stabil dan menyebabkan Haikal tersedak susu. Kenapa darah saya diambil nurse? Soal ummi kepada nurse, darah puan di ambil untuk diuji bagi pihak hospital mengenal pasti ada tak sel darah puan sama dengan sel darah anak puan, pihak kami dapati anak puan mempunyai darah jenis 0- , susah nak dapat darah ni, jadi prosedur ni diperlukan bagi membantu anak puan. Ummi mengangguk dan cuba memahami lagi untuk kesekian kalinya. Doktor yang disoal abah tadi telah membuat panggilan kepada doktor pakar untuk hadir ke NICU bagi menjawab soalan yang di utarakan oleh ummi dan abah dan menjelaskan kedaan Haikal. Sementara itu, kami diminta untuk menuggu diluar, bagi membolehkan pihak doktor dan jururawat terus menguruskan Haikal. Dalam masa 15 minit kemudian kami didatangi oleh seorang doktor pakar untuk menerangkan kedaan Haikal. Kenyataan doktor tersebut sama jugak dengan kenyataan yang diberikan oleh doktor pertama yang memberi kenyataan tadi. Doktor pakar tersebut, menyatakan sekarang Haikal dalam kedaan stabil tapi terpaksa di ventilate bagi menstabilkan pernafasannya terlebih dahulu. Doktor, tolonglah tengokkan anak saya.. tolong sangat-sangat..rayu ummi pada doktor pakar tu. Puan insyaallah anak puan tak akan apa-apa, apa yang boleh saya tolong, saya akan tolong dan yang lain tu serah saja pada Allah jawab doktor tadi. Abah yang tadi agak marah, sekarang agak reda sikit dengan penjelasan doktor. Setelah doktor beredar dari situ, ummi hanya menangis tak tahu apa yang perlu nak buat melainkan percaya dengan kata-kata doktor buat masa sekarang, sebenarnya ummi dan abah pada masa tu tak tahu buntu dengan apa yang sedang dilalui, setiap penjelasan yang doktor bagi kami terima tanpa bangkangan. Abah terus peluk ummi dan cuba tenangkan ummi. Sebenarnya kami sama-sama nangis sayang, menangis takut kehilangan Haikal, rasanya jika terjadi apa-apa kepada Haikal ummi dan abah tak tahu macam mana nak hadapi semua ini. Semua ini baru bagi kami, NICU, Ventelator, semua tu baru bagi kami. Ummi cuba mengubungi ustaz Hashim untuk memaklumkan kedaan Haikal, sebenarnya ustaz Hashim adalah orang yang sentiasa ummi dan abah rujuk dalam menghadapi kemusykilan lebih-lebih lagi soal agama, selain itu ustaz jugak pandai dalam mengubati orang sakit. Sabar jelah Yasmi, serah pada Allah, dia yang menentukan semuanya, tapi saya doakan untuk dia, pujuk ustaz. Selain itu, ummi jugak menghubungi ayah ummi iaitu datuk Haikal untuk memaklumkan perkara yang sama dan jawapan dari datuk Haikal pun sama, dan meminta ummi bersabar, dan ingat semua yang terjadi adalah kehendak Allah, kata datuk Haikal. Sebenarnya ummi kelu dengan jawapan yang diberikan, dan masih keliru dan tidak memahami apa yang sedang berlaku. Abah jugak cuba menghubungi beberapa saudara termasuk nenek Haikal berkenaan kedaan Haikal. Ummi dan abah terus pulang tak dapat tengok Haikal, ummi cakap petang nanti kita datang lagi biarlah doktor dan jururawat yang tengokkan Haikal. Ummi dan abah singgah di rumah pengasuh Baji Aisyah untuk mengambil dia disitu. Tadi sebelum ke Hospital abah tinggalkan Aisyah disitu. Masa sampai disitu, ummi tak dapat menceritakan apa-apa pun kepada pengasuh kecuali menangis, dia pun turut menangis, sambil berkata, Yasmin dan Salim pulanglah dulu biar Aisyah kat sini sahaja, datang malam je ambil dia, balik dan rehat lah dulu. Terima kasih Ammai (panggilan pengasuh Aisyah) jawab ummi pada ammai. Untuk membantu ummi kat rumah, abah jugak telah mintak adik perempuan dia iaitu ibu saudara Haikal untuk tolong apa yang patut dan temankan ummi, mungkin abah risau tengok kedaan ummi yang dalam kedaan sedih dan tak nak fikirkan yang bukan-bukan.

Petang tu ummi dan abah ke hospital melawat Haikal, kedaan Haikal kembali stabil, dan waktu kami sampai Haikal tidur, ummi usap-usap kepala Haikal dan tak berani nak belai badan Haikal takut ummi dengan wayar yang bersirat kat badan Haikal. Perasaan takut ditambah dengan bunyi bib di dalam NICU. Sesungguhnya semua tu asing bagi ummi. Ummi akan marah abah kalau sentuhan abah membuatkan Haikal bergerak, jangan pegang macam tu, nanti dia bangun macam mana, ganggu dia tidur, saya takut kalau berlaku apa-apa yang tak diingini, kata ummi kepada abah. Abah seperti memahami dan cuba mengusap Haikal dengan perlahan. Puan kami terpaksa hentikan daripada memberi susu puan kepada anak puan kerana anak puan masih lagi dalam pemantauan, tapi puan boleh terus perah susu dan hantar, sebab kami akan simpan susu tu dan akan bagi bila doktor dah benarkan nanti, jelas jururawat kepada ummi bila ummi nak bagi susu untuk Haikal kepada jururawat. Ye..ke? jawab ummi agak kecewa, tak pelah nanti boleh bagi lagi pujuk untuk diri sendiri. Mulai dari hari itu, menjadi rutin ummi dan abah untuk ke hospital melawat Haikal dan ummi tak akan lupa membawa bekal susu untuk Haikal, dan mulai dari hari itu jugak abah dah mula puasa dengan niat semoga dimudahkan segala urusan selain itu, jugak abah jugak tak henti-henti memberi sedekah pada masjid dan meminta sembahyang hajat dilakukan untuk Haikal. Harapan ummi dan abah agar Haikal cepat keluar hospital. Abah dari hari itu jugak telah memohon cuti selama seminggu untuk menguruskan ummi dan melawat Haikal di hospital. Ya Allah cepatlah Haikal sihat dan keluar dari hospital, itulah doa ummi hari-hari dan ummi percaya itu jugak lah doa abah untuk Haikal...Bersambung....

3 comments:

Norazira Ab Rahman said...

Perjuangan Haikal...

Norazira Ab Rahman said...

Perjuangan Haikal...

yasmien said...

Tq Nora..sebab dapat luangkan masa sikit baca citer nih..