Tuesday 24 May 2011

Kelahiran Haikal


Muhammad Adam Haikal...itulah nama anak ummi yang sangat ummi sayangi dan kagum,kisah Haikal bermula pada hari pertama dia di lahirkan pada Jumaat 18 April 2008 jam 2.15 petang, ketika semua jemaah selesai mengerjakan solat Jumaat. Ummi dikabarkan oleh jururawat sebaik sahaja Haikal dilahirkan Haikal perlu dimasukkan ke NICU kerana Dr. dapati  Haikal tak menangis sekejap waktu dilahirkan. Oh ye ke,  ummi jawab dengan tenang dan cuba untuk memahami sambil jururawat sibuk menguruskan diri ummi yang baru sahaja melahirkan Haikal, tapi sekali sekala ummi terlupa dan masih bertanya pada jururawat, nurse mana anak saya? eh anak puan kan ada di NICU,  oh... lupa lagi, jawab ummi dalam hati. Sebentar kemudian Dr yang menyambut kelahiran datang memberi maklumat berkenaan Haikal yang terpaksa ditahan dalam NICU. Puan anak puan comel sangat, putih macam puan jugak ummi tersenyum rasa bangga pun ada, lagilah buat ummi rasa tak sabar nak tengok Haikal, tapi kami terpaksa tahan sekejap di NICU sebab dia tak nangis dalam beberapa minit  masa mula2 dilahirkan tadi..tapi jangan risau, cuma untuk pemantauan dalam sehari atau dua hari boleh keluar tu.

Keseokan harinya ummi minta jururawat yang bertugas bawa ummi ke NICU untuk lihat keadaan Haikal disana. Puan, baby puan di dalam court baby yang tengah tu puan, ummi mencari-cari..buat pertama kali ummi lihat wajah Haikal rasa macam tak percaya je itu anak ummi. Haikal putih, rambut perang, kalau nak ikut kan ummi tak lah putih sangat dan abah hmmmm lagi lah tak berapa cerah, dulu masa baji Aisyah dilahirkan pun tak lah cerah, jadi ummi rasa mungkin anak ummi akan berkulit macam baji je. Ummi pegi dekat Haikal, masa tu Haikal hanya pakai pampers je..ummi tengok anak ummi sihat je, cam ok je, ummi pegang kaki kanan Haikal dan cuba usap perlahan-lahan. Ummi panggil  Adam sayang..masa mula dulu Haikal dipanggil dengan nama Adam. Haikal nangis, ummi cuba memujuk tapi sedih sangat masa tu tak leh nak pangku Haikal, nurse anak saya macam mana, bila boleh keluar dari sini? Oh..dia ok.. semalam kami bagi oksigen, tapi sekarang dah of insyaallah mungkin isnin ni . Isnin? Lamanye, hari ni tak boleh ke?  Nurse senyum, puan hari ni sabtu dan esok Ahad cuti, so Isnin baru Dr pakar ada, sabar ye puan.. Hmmm kecewanye ummi masa tuh. Nurse apa wayar kat mulut dalam anak saya tu? Oh itu tiub susu dia, anak puan akan diberi susu melalui tiub tu, nape tak bagi minum pakai botol susu je tanya ummi lagi pelik? Puan, di NICU setiap bayi yang di didalam pemantauan akan diberi susu melalui tiub ni, tapi puan tak perlu risau sementara sahaja. Ummi mengangguk cuba untuk memahami lagi, padahal perkara tu amat janggal bagi ummi tapi ummi cuba tenangkan hati ini, tak pe sementara je, isnin Haikal dah ada kat rumah dah. Sekejap tu ummi Nampak kelibat abah..datang amik ummi sambil tu datang tengok Haikal  jugak.
           
            Saya pegi wad tadi, nurse kat sana cakap awak ada kat sini tu yang terus saya datang sini. Haah, tak sabar nak tengok Adam. Jom naik, awak tu bukan sihat lagi pun kena rehat, tak pa sini nurse dan doctor ada 24 jam akan pantau Adam, lagipun Adam dah ok. Ummi cium adam dan belai seluruh tubuh Adam sebelum beredar dari situ, esok ummi datang lagi ye sayang, perlahan ummi bisik ke telinga Haikal. Nurse, macam mana dengan susu anak saya? Boleh saya bagi susu badan untuk anak saya? Boleh puan ia amat digalakkan, puan boleh perah dan hantar kesini, kami akan berikan susu puan kepada bayi puan. Terima kasih nurse sambil memberi senyuman yang panjang sampai ketelinga tanda puas dengan jawapan tersebut.  Menurut abah, sebaik sahaja Haikal  dilahirkan Haikal di azan dan diberikan sedikit air zam-zam dan kurma yang telah dikunyah kemulut Adam. Masa baji Aisyah pun abah buat perkara yang sama jugak. Abah bawa ummi balik ke wad, sampai sana doktor yang merawat menyatakan ummi boleh pulang ke rumah hari ni, tapi Haikal kena tinggal di NICU sampai hari isnin bagi tujuan pemantauan. Hmmmm, sedih la pulak balik tanpa Haikal  tapi tak pe isnin ni Haikal  dah boleh balik, ummi cuba pujuk lagi hati ummi. Awak jangan risau, saya akan selalu datang tengok Adam kat NICU, lagi pun cuma sehari je lagi, pujuk abah. Nanti awak jangan lupa belikan pemerah susu ye, saya nak perahkan susu nanti boleh bawak untuk Adam. Ye nanti saya belikan, jawab abah dengan senyuman walaupun keletihan mungkin penat jaga baji Aisyah malam tadi. Jarak rumah kita di Serdang ke Hospital Putrajaya tak lah jauh sangat, abah akan melawat Haikal  2 atau tiga kali dalam sehari, dengan membawa bekalan susu yang ummi perah untuk Haikal. Alhamdulillah, susu yang diperah memang banyak dah rezeki Haikal agaknya, ummi nak menyusu Haikal dengan susu ummi sepenuhnya sama seperti Baji Aisyah yang memang minum hanya susu ummi selama dua tahun. Setiap kali abah balik dari hospital, terus je ummi tanya kedaan Haikal, bukan setakat tu je, masa abah kat hospital pun ummi telefon dua tiga kali nak tanya kedaan Haikal. Abah cakap Haikal sihat, ummi tak habis-habis tanya ada tak nurse bagi susu saya kat Adam? Ye memang dia orang bagi susu awak pun kat Adam. Setiap kali dengar jawapan tu, hati ummi akan berbunga-bunga, rasa tenang, sebab susu yang ummi perah dah mengalir ketubuh Haikal  menjadi darah daging Haikal. Abah pula tak jemu2 layan soalan yang sama je setiap kali dia pulang dari hospital. Ummi rasa hari isnin macam lambat je, padahal hanya esok je, tapi Haikal  tahu tak setiap saat yang ummi lalui untuk tunggu Haikal  pulang ke rumah hanya Allah sahaja yang tahu, tersiksa sungguh rasanya, nasib baik abah ada rakamkan gambar Haikal  masa mula lahir, itulah yang ummi tatap hari2 nak hilangkan rasa rindu kat Haikal. Alhamdulillah, dah sepasang anak ummi dan abah, terima kasih ya Allah dengan anugerah yang telah kau kurniakan ini. Hai tak sabarnye nak tunggu hari isnin, mesti rumah ni akan riuh dengan suara baji Aisyah yang pastinya seronok sangat dapat adik. Ummi membayangkan betapa sibuknye nanti ummi nak layan kedua-dua anak ummi, lagi pun perkara yang paling seronok ialah nak bawak Haikal balik kampung Kedah, sebab nak berpantang kat sana masa ni la pun nak balik cuti lama-lama kat kampong maklum sajelah ummi keja memang kalau balik kampong pun memang tak lama, cuti macam ni yang ditunggu-tunggu....Bersambung....



1 comment:

Yana Kama said...

alahai kak min..sayunye bace..like the way kak min bercerita..rasa ada sma ngn kak min that time..keep it up!