Thursday, 12 January 2012

KAMI KINI

Hmmmmm..rasanya memang dah lama tak menulis, mmmm adalah dalam 7 bulan memang banyak perkara yang berlaku dalam 7 bulan..suka duka hmmm tapi yang penting syukur pada Allah kerana memberi kesihatan yang baik pada diri ini dan paling penting Haikal dan Aisyah pun sihat dan gembira. Untuk suami tercinta Alhamdulillah rasanya makin hari makin rasa cinta makin mekar. Betul kata orang bila kita dilanda musibah banyak hikmah akan dapat dan salah satunya yang ku rasa adalah adalah cinta aku pada suami semakin kuat dan berdoa juga dia juga menyintai diri ini seadanya. Kata orang juga salah satu cara Allah nak tunjukkan kasih sayangnya adalah dengan meletakkan rasa cinta dan sayang si suami pada isterinya. Alhamdulillah
110120121174(Anak-anak dan suami sumber kekuatanku – pic ni diambil oleh bibik)
171220111091(Dua lelaki yang penting dalam hidupku kini)
171220111088(Ummi sayang kamu semua)
Haikal sekarang dah semakin bijak, dah pandai tunjukkan apa yang dia suka ataupun tidak. Hari minggu lepas aku ada belikan dia sebuah basikal baru, kesian tengok dia terkebil2 lihat kakaknya naik basikal. Tapi ntah nape dia tak suka, tengok basikalpun terus nangis..sampai sekarang pun cam tu jugak, berkerut2 kening tak nak naik. Suka tengok katun, Upin-Ipin, Sponge Bob dan Wonderpet memang favoratelah. Kalau kia orang ubah chanel siaplah nangis pastu merajuk panjang. Dah boleh meniarap tapi tak kedepan tapi dia akan gulingkan badanya sehingga tempat yang nak dituju.
image(mula2 je suka pastu dah tak suka naik)
22052011348(Suatu hari nanti pasti Haikal boleh berjalan)
23072011523(Anak ummi pun nak main bola)
171220111082(Haikal jugak dah mula suka jalan2 sekarang)
Aisyah tahun ni masih tadika umur 6 tahun. Insyaallah tahun depan masuk darjah satu..aku merancang nak masukkan Aisyah sekolah private asas agama biarlah bayar lebih sikit, biarlah susah nak gi hantar amik yang penting dia dapat asas agama dan harap dapatlah jadi wanita solehah. Aisyah seperti biasa memang seorang petah bercakap dan sangat periang, sebenarnya Allah ni adil dalam duka dia anugerahkan puteri macam Aisyah nak hiburkan hati kami. Satu kelebihan dia ni, dia mempunyai sikap memujuk dan meyakinkan aku bila saat2 aku kesedihan. Tau2 je dia yang aku akan sedih pasal Haikal, dan ayat buat aku tenang bila dia cakap “ummi janganlah sedih..Allahkan ada..Allah bagi sakit..Allah bagi sihat..Aisyah kan ada..” sambil mengusap2 badan belakang aku.
181220111113(Melihat dirimu ummi ceria)
181220111133(Sayang anak ummi)
image(Syukur dikurniakan sepasang cahaya mata yang merawat hati dan menceriakan diri ini)
Oklah rasa setakat ni dulula entry kali ni..lepas ni akan aktif balik menulis..bagi ku menulis ni salah satu medium untuk redakan segala kegelisahan dan kesedihan yang melanda...
Wassalam...
296428_10150276640848037_752643036_7920409_5734483_n(My Soul)

No comments: