Anak merupakan anugerah Allah yang tak ternilai untuk kita di dunia ini. Mempunyai anak memang impian semua pasangan yang telah berkahwin. Tapi ketahuilah hakikat sebenarnya kehadiran anak dalam hidup kita merupakan ujian daripada Allah untuk kita. Perkara ini dapat disokong melalui ayat al-quran seperti berikut:
“Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28)”.
Ayat ini benar-benar menyedarkan aku bahawa kehadiran Haikal sebenarnya sememangnya telah ditetapkan oleh Allah untuk aku dan keluarga sebagai ujian. Begitu juga dengan ayat ini:
"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (At Taghaabun:11)”Bagi aku ujian yang dilalui ini menandakan Allah masih sayang pada ku, dia tidak mahu aku hanyut dengan kepalsuan dunia yang tidak menjanjikan apa2. Ada pendapat menyatakan ujian ni merupakan balasan dosa aku, sedihkan bila orang cakap macam tu, tapi mungkin betul juga cakap dia, aku cuba positifkan diri aku dengan meyakinkan diri ini bahawa ujian ini adalah kifarah dosa aku. Jika aku bersalah ampunkan dosa aku ya allah dan berharap engkau hadirkanlah hidayah ke dalam hati ini. Aku juga yakin pasti ada hikmah dan kurnia Allah pada aku disebalik semua ini, bukankah itu tanda kasih sayangnya? dan dia mengetahui apa yang terbaik untuk diri aku.
Selain itu, menerima hakikat diri ini sebagai hamba kepadanya merupakan ubat yang paling mujarab untuk kita menerima setiap ujiannya. Perkara ini lah aku sematkan dalam diri supaya tidak terlalu sedih atau kecewa. Begitu juga, pendapat menyatakan anak adalah amanah untuk kita dan mereka adalah milik Allah sepenuhnya seperti kita juga.
Tapi adakah bila kita di uji dengan mempunyai anak yang sakit atau cacat baru dikatakan kita sedang diuji. Adakah mereka yang dikurniakan dengan anak yang comel, cerdik, sihat dikatakan tidak diuji? Ujian Allah datang pada hambanya dalam pelbagai bentuk terpulang pada kita bagaimana cara kita untuk menanganinya. Paling penting adalah berpegang pada pendirian bergantung sepenuhnya kepada Allah tidak kira semasa suka atau duka.
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment