Tuesday 13 November 2012

Kronologi Kes Haikal


Sebenarnya banyak yang nak dicerita pasal kes Haikal menyaman kerajaan Malaysia ni terutamanya time perbicaraan, tapi memandangkan kesuntukan masa yang teramat dan kesihatan yang tak mengizinkan telah tak sempat nak update blog. Tapi untuk ringkasan kes untuk entry kali ni saya bagi kronolgi dulu, cite yang panjang mengenai situasi perbicaraan  akan dimuatkan pada entry yang akan datang.

Sebenarnya bagi kes saman kerajaan Malaysia terutamanya kanak-kanak macam Haikal had umur mestilah 3 tahun, dan pihak  peguam akan membuat kajian terlebih dahulu  dulu kes samaada boleh menang atau tidak selepas itu barulah pihak mereka akan lakukan saman, sebab bukan senang nak saman pihak kerajaan ni.

KRONOLOGI KES SAMAN MUHAMMAD ADAM HAIKAL BIN ABDUL SALIM

BIL
TARIKH
PERKARA
1.18.4.2011
Saman dikeluarkan oleh kami melalui pihak peguam Zarina G.T Vanan & Associated terhadap Kerajaan Malaysia
2.
29.6.2011
Permohonan urusan laporan kesihatan Haikal yang terkini termasuk pengiraan kos perbelanjaan yang terlibat dikeluarkan bagi membantu kes hospital kerajaan dan swasta turut terlibat dalam membantu memberi laporan.
3.
15.7.2011
Pengurusan kes di Mahkamah tinggi
4.
15.9.2011
Pengurusan kes di Mahkamah tinggi
5.
16.11.2011
Kes pengurusan terakhir
6.
11 . 1. 2012
Haikal dibawa ke mahkamah bagi membantu kes pengurusan khas bagi pengiraan umur Haikal untuk memudahkan pengiraan kos pampasan.
Turut dimaklumkan bahawa salah sebuah hospital ke 2 yang terlibat di dalam kes ini  telah mengaku kesalahan dan tidak akan dibicara. Perbicaraan hanya untuk Hospital ke 1
7.
9. 2. 2012
Perbicaraan kes Haikal bermula oleh Hakim 
8.
1.10.2012
Keputusan oleh mahkamah tinggi mendapati pihak ke dua - dua bersalah kerana lalai menguruskan kelahiran Haikal di Hospital 1 dan telah menyebabkan Hospital ke 2 menanggung kesalahan. Kelalaian yang dilakukan oleh pihak hospital telah menyebabkan Haikal mengalami kelumpuhan otak dan telah dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Jumlah pampasan yang akan diperolehi oleh Haikal adalah sehingga umur 40 tahun
Mahkamah telah memberi peluang kepada pihak Kerajaan Malaysia mengemukan rayuan terakhir pada 1. 11. 2012
9.
1.11.2012
Pihak kerajaan Malaysia tidak mengemukan rayuan ini bermakna Haikal telah menang kes.Mahkamah meminta pihak kami melakukan laporan kesihatan Haikal yang terkinibagi tujuan pengiraan kos tanggungan.


RINGKASAN KES

Muhammad Adam Haikal dilahirkan pada 18.4.2008 Jumaat 2.15 petang. Pada hari pertama kelahirannya didapati  Haikal mempunyai masaalah pada bahagian pernafasan kerana terdapat bunyi yang agak pelik semasa bernafas. Haikal telah dimasukkan di NICU bagi rawatan lanjut. Malangnya pada hari 3 kelahiran Haikal mengalami sesak nafas dan telah divantilate semasa dibawah penjagaan pihak hospital. Kes Haikal telah dirujuk kepada Hospital ke 2 setelah mendapati terdapat ketumbuhan atau nama saintifiknya Subglotik Granuloma pada trachea.

Pihak Hospital ke 2 telah membuat 2 kali prosedur untuk membuang granulamo namun begitu, Haikal masih lagi tidak boleh bernafas dan masih bergantung pada vantilator mesin. Akhirnya Dr. membuat keputusan untuk menjalankan prosedur tracheostomi pada Haikal pada 6.6.2008. Menurut Dr. prosedur ini adalah untuk jangka pendek sahaja sehingga Haikal boleh bernafas sendiri.  Tetapi malangnya pada hari kelima 11. 6. 2008 trachei telah  Haikal dislose  semasa dibawah penjagaan pihak Hospital ke 2. Akibat daripada itu, Haikal telah berhenti bernafas selama 20 minit (mengikut laporan  dr semasa itu).

Haikal telah didignosekan sebagai Cerebral Palsy, dan keadaanya sekarang masih memakai trachei  dan masih belum boleh berjalan. Haikal juga memerlukan mesin penyedut kahak  kerana tidak pandai menelan air liur.

Hasil penyiasatan Mahkamah sebenarnya, sewaktu proses kelahiran saya iaitu ibu Haikal mengalami kesukaran untuk bersalin biasa, namun begitu Dr telah memaksa untuk melahirkan juga dan telah menyebabkan berlakunya  kekasaran pada trachea Haikal. Sebagai makluman tambahan, pada kelahiran pertama saya melahirkan secara pemedahan berikutan kesukaran bersalin. Pihak hospital ke 1 juga telah lambat mendignose Haikal yang mempunyai masaalah pada Trachea dan telah menyebabkan Haikal sesak nafas pada hari ketiga kelahiran.

No comments: