Malam ini sangat gelisah
Mengenangkan peristiwa pahit itu
Rasanya telah lupa semuanya
Namun satu-satu khabar datang membawa
petunjuk
Mula semuanya seperti mengambil berat
Mulanya semuanya seperti mengambil tahu
Mulanya semuanya seperti memberi simpati
Mulanya semuanya seperti memberi semangat
Mungkin kamu semua telah penat
Mungkin kamu semua telah muak
Mungkin kamu semua telah jemu
Mungkin kamu semua telah bosan
Hanya
kerana dia yang sangat istimewa itu
Hanya
kerana secebis kebahagian yang dimiliki
Hanya
kerana suka menceritakan
Hanya
kerana rasa ingin meluahkan
Maafkan
aku wahai teman kerana terlupa apa yang diperkatakan
Maafkan
aku wahai teman kerana selalu mencuri masamu
Maafkan
aku wahai teman kerana terpaksa membenci diri ini
Maafkan
aku wahai teman kerana membuatkan hidup kalian tidak tenang
Mungkin
aku yang terlebih kata dalam tidak sedar
Mungkin
aku tersalah pilih teman untuk bicara
Mungkin
aku yang penuh salah sangka
Mungkin
aku yang kurang bijak menilai
Musibah
yang menimpa
Hanya
senyum tawar darimu
Kesedihan
yang menimpa
Hanya
hati yang keras kau tunjukkan
Suatu
perancangan yang hebat nantilah perancangan hebat dari Allah
Suatu
fitnah yang amat besar nantilah hukuman dari Allah
Suatu
pendustaan yang amat kejam nantilah balasan dari Allah
Suatu
rekaan cerita penuh penipuan nantilah azab dari Allah
Namun mengapa tidak pernah ke depan jika kamu
semua benar
Namun mengapa perlu bersembunyi jika kamu semua benar
Namun mengapa perlu bersangsi jika kamu semua benar
Namun mangapa perlu adanya fitnah jika kamu
semua benar
Kamu golongan yang sangat kotor hatinya
Kamu golongan yang sangat bermuka-muka
Seperti kamu itu munafik
Seperti kamu itu pembelot
Pembawa berita kata kau kata aku tidak sedar diri
Pembawa berita kata kau kata aku tidak ada perasaan
Kau kata aku terlalu negative
Kau kata aku tak layak untuk mengecapi
kebahagiaan
Tapi aku terlalu bijak menafsir berita
Aku terlalu bijak untuk tidak menyerang
Aku terlalu sabar untuk mengeratkan ukhuwah
Semuanya kerna aku pilih untuk bahagia
Kau kata pemberita kata aku cemburu
Kau kata pemberita kata aku dengki
Kau kata pemberita kata aku khianat
Kau kata penberita kata aku hipokrit
Mengapa terlalu bodoh untuk percaya
Mengapa terlalu bodoh untuk mengikut
Mengapa tidak belajar dari masa silam
Mangapa tidak ke depan untuk bersuara
Asalnya aku sama sahaja seperti kamu
Berasa seronok bersama memakan daging saudara
Mencipta bahagia atas kesengsaraan orang
lain
Merasa bahagia mencipta sebuah cerita
dongeng
Bila diri tehantuk batu baru sedar
Mula lihat betapa buruknya diri ini
Mula sedar siapa kawan siapa lawan
Mula tahu diri telah terjerat kerna
kesilapan sendiri
Namun pencipta diri masih sayang
Namun pencipta diri masih memberi rezeki
Ada lagi manusia mempunyai hati yang tulus
Kehidupan baru kusambut dengan syukur
Terima kasih kepada 6 jahanam
Kernamu aku belajar hidup
Terima kasih pada yang membantu
Kerna kamu aku belajar bersyukur
No comments:
Post a Comment