Assalamualaikum,
Masyaallah lamanya tak update
blog, dah berabuk dah rasanya..heheh...nak mula menulis cerita pasal kelahiran
anakanda ummi ni lah Yusuff. Anak ummi dah 2 tahun dah tahun depan 2017 dah 3
tahun. Sepanjang mengandungkan Yusuff alhamdulillah semuanya berjalan
lancar..cuma bila masuk usia kandungan 8 bulan Dr. Fatimah scan nampak macam
air ketuban banyak...aduhhhh..ini memang buat ummi fobia...mulalah pencarian
maklumat di intenet..apa kesan air ketuban banyak oada baby...macam2 maklumat
dapat..salah satunya risiko baby lahir premature...dan air ketuban banyak boleh menyebabkan tali perut
iaitu plasenta putus tiba2 dan akan menyebabkan kematian kepada
baby...Allah..allah...allah...pada Allah sahaja ummi memohon doa...hari2 ummi
doa agar kandungan ini selamat.
Dalam pada itu pulak, tiba2
Haikal admit kerana jangkitan kuman.Tapi nasib baik tak lama seperti selalu.
Kali ini hanya seminggu. Mujur bibik ada. Abah pula outstation waktu
itu.Mencabar jugaklah bagi ibu yg sarat mengandung hantar anak ke emergency
pada waktu malam dan waktu tu terpaksa heret Aisyah sekali, hantar naik wad,
hantar barang2 keperluan lagi. Nasib baik bibik tunggu kat hospital. Setiap
hari ummi akan datang melawat Haikal 2 kali. Sedikit ujian juga bila memikirkan
bagaimana nak bawa turun Haikal time keluar hospital pula, dengan kedudukan wad
dan lif jauhla yg amat. Ummi masa tu berat sangat mulut nak minta tolong sapa2.
Dalam hati selalu cakap aku boleh...Allah ada. Akhir sekali, ummi ambil
wheelchair kat tingkat bawah bawak naik atas ambil barang2 Haikal..adala 2 trip
bawa ke kereta. Last sekali bawa Haikal..ummi duduk atas wheelchair tu sambil
pangku Haikal dan bibik tolak sampaila kekereta, pastu hantar balik wheelchair
tu kat keselamatan semula. Allah sahaja yg tahu macam mana ummi kumpul kekuatan.
Allah sebaik2 pelindung pada kami. Orang ramai?…hahahaha…biasalah hanya
menonton seperti tengok drama. Tak de sorang pun yg Tanya atau menghulurkan
bantuan. Itu reality. Dah habis semua selamat balik rumah, tub2 ada pula suara2
yg yg marah2 kata kenapa tak call cakap dah keluar hospital. Sebenarnya bukan
niat ummi tak nak inform kepada sape2…tapi hati ummi berat sangat nak minta
pertolongan orang masa tu. Bagi ummi selagi ummi ada kudrat tak nak susahkan
sapa2. …Alhamdulillah Allah bantu uruskan kerja ummi dengan selamat.
Ummi dan abah telah mengambil
keputusan untuk melahirkan Yusuff di
Hospital Pakar Annur dan ummi telah memilih Dr. Fatimah untuk menguruskan
kelahiran Yusuff kelak. Ummi telah buat checkup sejak awal kandungan lagi dengan Dr. Fatimah sehinggalah
melahirkan. Ummi memilih melahirkan Yusuff secara ceaser atas sebab tidak mahu
mengulangi sejarah hitam waktu melahirkan Haikal dan Alhamdulillah Dr. Fatimah
setuju. Due date ummi 18 April 2014, namun untuk kelahiran secara
ceaser Dr, telah memberi tarikh awal
iaitu 8 April 2014. Namun Allah sebaik2 perancang untuk pada 2 April
2014, ummi dah mula rasa sakit…jam menunjukkan 2 pagi…ingat mulanya tak de apa
kot..makin lama makin sakit pula…ummi rasa lepas subuh ummi akan gerak ke
hospital, kesian pulak tengok abah tidur keletihan. Ummi sampai hospital dalam
pukul 7 pagi…Ummi diminta ketingkat atas untuk pemeriksaan lanjut. Bidan check
memang ada contraction dan jalan dah bukan dalam 2cm. Dr. Fatimah telah membuat
keputusan ummi akan diceaser pagi ni pukul 10. Allah berdebar hati Allah saja
yg tahu..tapi dalam hati rasa berbunga2 sebab kejap lagi ummi dan abah akan
lihat anak kesayangan kami. Sementara menunggu abah sempat menguruskan urusan
kemasukan wad dan bayaran berkaitan. 10 pagi ummi ditolak masuk kebilik
pemedahan, sejuk bilik ni bukan main lagi. Sebelum itu ummi diberi penerangan
oleh pakar bius dan diminta menandatangani borang berkaitan. Proses kelahiran
ada masaalah sikit bila Dr. Fatimah dapati baby masih lagi diatas dan ini
menykarkan Dr untuk menarik dia keluar…nurse tolong ambil vacuum…sekejap je
ummi dengar suara anak ummi yg nyaring dan seperti marah…mungkin terkejut kot
tiba2 Dr. keluarkan melalui vacuum…hahahaha..abah ada bersama menyaksikan semua
itu. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulllah…tepat 11 pagi 2 April 2014, lahir
lah anak ummi yg sangat2 cute kedunia ini. Syukur ummi tak terkata…
|
Muhammad Arman Yusuff Shah Bin Abdul Salim
|
|
Cukur rambut..beri nama..akikah pada hari ke7
|
|
2 Bulan
|
|
First family picture lepas berpantang
|
|
3 Beradik |
|
Teman abang Haikal terapi
|