Tuesday 24 January 2012

Aisyah Belajar Membaca dan Mengaji

 

Ummi tulislah citer pasal Aisyah juga….haaah? tercengang sekejap..terfikir mungkin terlalu asyik menulis cerita Haikal terlupa pulak pasal Aisyah. Hmmm sebenarnya ummi tak pernah lupakan Aisyah, malah Aisyahlah yang selalu menceriakan ummi, Aisyah buat ummi selalu berasa syukur lebih2 lagi bila hati tengah sedih mengenangkan nasib Haikal, ummi lihat Aisyah dan berasa syukur sangat Allah unugerahkan seorang puteri yang comel yang boleh menghiburkan hati ummi.

Hmmmm… pasal Aisyah ummi nak citer pasal belajarlah dulu, sekarang Aisyah dah mula boleh membaca dan mengaji syukur sangat2. Ummi ajar sekejapje Aisyah dah boleh ingat. Pada awal umur lima tahun baru ummi masukkan Aisyah ke tadika PASTI, bukan apa pada pandangan ummi, ummi tak nak kacau zaman kanak2 Aisyah biarlah main puas2 dulu. Lagipun nak belajar tak semestinya kena ke tadika. Sebelum Aisyah masuk ke tadika Aisyah dah kenal huruf A-Z, 1-10 dan menyanyi twinkle2 litttle, star baba black sheet,baca doa makan,  kira ok la tu ummi ajarkan? ok sekarang mari kita tengok video Aisyah belajar, teruskan usaha lagi ye sayang moga berjaya bukan sahaja di dunia tapi yang penting sekali di akhirat. Ameeenn…

 

Aisyah belajar baca Bahasa Melayu

 

 

Aisyah belajar baca English

 

 

Aisyah Belajar Mengaji

Sunday 22 January 2012

Anak Adalah Ujian

Anak merupakan anugerah Allah yang tak ternilai untuk kita di dunia ini. Mempunyai anak memang impian semua pasangan yang telah berkahwin. Tapi ketahuilah hakikat sebenarnya kehadiran anak dalam hidup kita merupakan ujian daripada Allah untuk kita. Perkara ini dapat disokong melalui ayat al-quran seperti berikut:

“Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28)”.

Ayat ini benar-benar menyedarkan aku bahawa kehadiran Haikal sebenarnya sememangnya telah ditetapkan oleh Allah untuk aku dan keluarga sebagai ujian. Begitu juga dengan ayat ini:

"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (At Taghaabun:11)”


Bagi aku ujian yang dilalui ini menandakan Allah masih sayang pada ku, dia tidak mahu aku hanyut dengan kepalsuan dunia yang tidak menjanjikan apa2. Ada pendapat menyatakan ujian ni merupakan balasan dosa aku, sedihkan bila orang cakap macam tu, tapi mungkin betul juga cakap dia, aku cuba positifkan diri aku dengan meyakinkan diri ini bahawa ujian ini adalah kifarah dosa aku. Jika aku bersalah ampunkan dosa aku ya allah dan berharap engkau hadirkanlah hidayah ke dalam hati ini.  Aku juga yakin pasti ada hikmah dan kurnia Allah pada aku disebalik semua ini, bukankah itu tanda kasih sayangnya? dan dia mengetahui apa yang terbaik untuk diri aku.

Selain itu, menerima hakikat diri ini sebagai hamba kepadanya merupakan ubat yang paling mujarab untuk kita menerima setiap ujiannya. Perkara ini lah aku sematkan dalam diri supaya tidak terlalu sedih atau kecewa. Begitu juga, pendapat menyatakan anak adalah amanah untuk kita dan mereka adalah milik Allah sepenuhnya seperti kita juga.

Tapi adakah bila kita di uji dengan mempunyai anak yang sakit atau cacat baru dikatakan kita sedang diuji. Adakah mereka yang dikurniakan dengan anak yang comel, cerdik, sihat dikatakan tidak diuji? Ujian Allah datang pada hambanya dalam pelbagai bentuk terpulang pada kita bagaimana cara kita untuk menanganinya. Paling penting adalah berpegang pada pendirian bergantung sepenuhnya kepada Allah tidak kira semasa suka atau duka.

Wallahualam…

Saturday 21 January 2012

Pengiraan Umur Haikal

Pada 11 Januari 2012, kami sekeluarga telah diarahkan oleh Hakim untuk hadir ke mahkamah untuk membantu kes pengurusan Haikal. Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama buat kami menjejakkan diri ke mahmakah, rasa gerun pun ada.

Kesimpulannya, hakim memaklumkan bahawa hospital Kuala Lumpur telah mengaku bersalah dan akan menaggaung ganti rugi atas kelalaian pihak mereka sehingga menyebabkan Haikal mengalami kerosakan otak. Namun begitu, hospital Putrajaya tidak mengaku terdapat kelalaian ketika menyambut kelahiran Haikal, dengan menyatakan Haikal tidak mengalami sebarang kecacatan semasa lahir yakni Haikal merupakan bayi yang sihat semasa lahir kecuali mempunyai masaalah bahagian pernafasan sahaja.

Sehubungan dengan itu, Hakim telah mengarahkan semua pakar perubatan untuk datang ke mahkamah untuk melihat balik sekiranya terdapat kelalaian oleh hospital Putrajaya. Selain itu, mahkamah telah menetapkan perbicaraan akan dijalankan pada februari depan.

Apa yang menyedihkan diri aku adalah ketika semua pihak masih tidak dapat menetapkan jangka hayat Haikal bagi memudahkan tuntutan dibuat. Ada yang mengatakan Haikal boleh hidup sehingga 50 – 60  tahun dan ada yang mengatakan Haikal hanya boleh hidup sehingga 15-20 tahun sahaja. Bagi seorang ibu bukanlah tuntutan itu yang menjadi keutamaan tapi rasa sebak yang amat sangat bila semua orang membicarakan jangka hayat anak yang disayangi.Hati ini sebak tersangat2 ketika itu, rasa mahu keluar dari situ pun ada tidak mahu mendengar semua yang dibicarakan.

Tapi sebagai seoarang ibu sudah tentu aku akan mendoakan agar anak yang amat dicintai ini sentiasa sihat dan panjangkanlah umurnya. Bukan itu sahaja, panjangkan jua umur ku supaya boleh terus menjaga Haikal…Ameeennnn…

110120121176
(Kami semasa di Mahkamah Jalan Duta)

Monday 16 January 2012

Tahajjud Cinta Untuk Haikal



Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Today is My Birthday…

Hari ni  16 Januari 2012 genap umur aku 33 tahun, alhamdulillah syukur sangat setelah menempuhi segla ujian Allah masih panjangkan usia aku, terima kasih  ya Allah. Rasa sayu sangat bile menerima banyak ucapan dari rakan2 melalui FB dengan memberi kata2 semangat dan tidak kurang jugak yang mengucapkannya melalui private massage dan Google  Chat. Terasa diri bukan sorang tapi masih ada ramai rakan dan sahabat yang sudi memberi sokongan. Paling best Shira belanja makan KFC dengan slice a cake, comel sangat keknya kecil tapi amat bermakna buat aku. Sayang Shira, k.min tahu walaumacam manapun She, She ada sekeping hati yang baik. Juga untuk seorang sahabat ni yang memberi ucapan melalui Google Chat, terharu dengan kata2nya walaupun tak rapat tapi still boleh jadi sahabat yang baik. Terima kasih ya Allah, sesungguhnya sahabat merupakan sebuah anugerah yang tak terhingga pada diri aku yang serba kekurangan ini.
Ok itu citer FB dan kat ofis, balik dari sana suami tercinta telah meraikan ulang tahun dengan memberi bunga, tiga kuntum  “i luv u”  katanya. Aisyah pilih kek kecik macam dia jugak, kami makan kat paparich. Balik dari makan baru potong kek sebab nak sambut dengan Haikal, sebenarnya susah sikit bawa Haikal lagi pun waktu tu time dia makan tak leh kacau.
Hmmmmm, sambutan yang sangat sederhana tapi amat bermakna untuk diri ini. Bersempena dengan birthday ni aku berdoa semoga keluarga ku sentiasa di dalam rahmatnya, keredhaan  dan lindungannya. Juga untuk sahabat dan rakan2.
Satu pinta ku lagi pada Allah “Ya Allah panjangkan umurku supaya ku dapat memelihara dan menjaga amanahmu yang sangat istmewa iaitu Haikal”
160120121193
(Birthday kek dari Shira…thanks..luv u..)

160120121195
(Gift from husband and children)
Image0764
(Makan kat PapaRich)
Image0766
(Thanks sayang for everything)
160120121210
(Terima kasih ya Allah atas dua anugerah ini)

Saturday 14 January 2012

Keguguran

Malam tu (21 /12 /2011) teringin sangat nak makan fish & chip sebab sehari sebelum tu ada lawatan tapak (pasal keja) kat negeri Sembilan. Kami telah disajikan dengan makan di Mary Brown dan aku telah order fish & chip bersama teh tarik. Ya allah sedapnye rasa sehingga balik dari sana asyik teringat-ingat je. Detik hati ini berkata mungkin baby kat dalam perut ni yang nak, kira aku mengidam la tu. Aku mengandung  dah 14 minggu waktu tu. Sebenarnya kandungan ketiga ni memang menggembirakan seisi keluarga maklumlah dah nak masuk 4 tahun baru mengandung balik. lagi satu aku sangat2 bersyukur kerana setelah pelbagai cabaran yang dilalui oleh kami sekeluarga bersama Haikal akhirnya Allah bagi lagi rezeki, memang bahagia sangat ditambah pulak dengan Aisyah yang sememangnya suka sangat nak adik baru.
Siang itu, aku minta Ayu dan shira bawakan aku ke Mary Brown UPM, mengidam punya pasal mereka bawalah aku tapi sampai kat sana restoran tu dah lama tutup. Makan KFC je lah tengahari tu. Malam tu En. suami cari jugak mana restoran yang berdekatan akhirnya dapat jugak kat South City Plaza Seri Kembangan. Ya allah rasa puas sangat makan fish& chip, memang sedap sambil aku mengurut perut yang semakin besar dan berkata akhirnya dapat jugak anak ummi makan ye. Lepas beli sedikit barang dapur kat Giant aku dan suami pun pulang. Aisyah tak ikut kebetulan tidur awal. Sampai rumah dalam pukul 9.
Dalam pukul 10 aku rasa sakit perut, rasa macam nak buang air besar je terus ke toilet. ingatkan lega pas tu tapi sakit tu datang balik. Tapi kali ni aku rasa bukan sakit perut tapi rahim aku yang sakit. Suami cakap tak ape kot gi tido la awak tu letih. Memang bulan ni aku keletihan sebab dua kali outstation ke PD dan Melaka. Aku pun gi la tido, makin lama aku rasa makin kuat pulak sakit, kadang2 rasa cam sakit kontraksi nak bersalin. Makin lama makin kuat.  Pukul 12 masih lagi sakit, aku mengadu kat suami sakit sangat jom kita gi hospital tapi tak nak hospital gomen nak gi swasta, suami kata ish awak ni tak pe hospital serdang dekat je. Aku tak berapa setuju dengan suami, dalam hati aku rasa mungkin tak ade apa2 kot, mungkin letih ke atau sebab makan tadi ke. Aku bangun nak gi bilik air, rasa cam nak bersihkan diri dan nak solat sebab tadi balik terus tido sebab nak tahan sakit. Aku bangun je rasa cam air ketuban pecah terus bukak seluar bukan air ketuban tapi darah, ya allah apa ni? aku jerit terkejut dan rasa ketakutan. aku masuk bilik air pastu rasa cam ada daging lembut keluar. ya allah babay aku. Antara sedar tak sedar,panik ketakutan aku gagahkan diri minta suami call ambulan dia pun dah ketakutan tengok baby tu dan darah yang banyak. Aku bersihkan diri dan minta suami ambil baby tu kat lantai bilik air, sekejap tu ambulan datang dan aky dimasukkan ke bahagian separa kecemasan dibahagian hospital serdang.
Sampai kat sana memang darah keluar tak henti2 banyak sangat dan doktor telah melakukan pemeriksaan dan ketika itu aku rasa darah berketul-keluar banyak sangat  menurut doktor itu adalah uri atau plasenta.  Dalam pukul 3 pagi aku dimasukkan ke wad 6B sebab doktor kata macam ada incomplete abortion, mungkin esok kena buat D&C kalau masih lagi tak keluar semua. Malam tu aku diminta berpuasa start pukul 4 pagi. Suami pegi belikan roti dan air bagi aku makan katanya takut lapar  nanti kena puasa. Malam tu aku tido dalam kesakitan yang amat, tapi pendarahan agak berkurangan. Esoknya setelah scan doktor kata memang kena buat D&C. Pagi sebelum itu, suami ke masjid UPM mennguruskan pengkebumian baby kami. Baby sebenarnya da cukup sifat, dah ada kaki,tangan, mulut mata hidung, oleh itu menurut ustaz baby perlu dimandikan dikafankan tapi tak perlu disembahyangkan kerana tidak ada roh kerana tak cukup 4 bulan (16 minggu) lagi.
image
(2 minggu sebelum tu sempat gi scan- doktor kata baby sihat, ini jelah kenangan yang ada untuk dia…)

image
(Tinggal kenangan – dah buat kad merah)
Ji tak pe ye…lain kali kita cuba lagi dapatkan baby, kata aku pada suami. Eh tak pe lah kan semua yang ada kat dunia ni milik allah..tak pe jangan sedih semua tu kehendak allah kita tak ade kuasa sambil mengusap-usap rambut aku. Sebenarnya next apoointment pemeriksaan baby adalah 7/1/2012, doktor kata boleh tengok jantina,  doktor juga pesan bawa Aisyah sekali boleh dia tengok mesti dia seronok, tapi tak ade rezeki tak pe ye Aisyah nanti dapat adik lagi…
231220111140
(Masa kat Hospital Selepas D&C – aku rasa muka aku masa ni sebijik macam arwah mak aku masa sakit melawan barah suatu ketika dahulu)

Thursday 12 January 2012

Saya Sayang Awak

Ji…min sayang sangat dekat ji…ji baik sangat untuk Min..apa sahaja kehendak Min ji akan turutkan…selalu akan layan setiap kerenah dan kedegilan Min…
Ji…terima kasih atas segalanya..Min sayang dan sangat2 menyintai diri ji..dan maafkan segala kekurangan diri ini..Insyaallah Min akan sedaya upaya memperbaikinya…
Sesungguhnya cinta kitalah membuatkan anak2 kita bahagia..khususnya untuk Haikal…
Min tujukan lagu ni untuk ji….Min tahu jika tidak hari ini..suatu hari ji pasti akan bukak blog ni…

KAMI KINI

Hmmmmm..rasanya memang dah lama tak menulis, mmmm adalah dalam 7 bulan memang banyak perkara yang berlaku dalam 7 bulan..suka duka hmmm tapi yang penting syukur pada Allah kerana memberi kesihatan yang baik pada diri ini dan paling penting Haikal dan Aisyah pun sihat dan gembira. Untuk suami tercinta Alhamdulillah rasanya makin hari makin rasa cinta makin mekar. Betul kata orang bila kita dilanda musibah banyak hikmah akan dapat dan salah satunya yang ku rasa adalah adalah cinta aku pada suami semakin kuat dan berdoa juga dia juga menyintai diri ini seadanya. Kata orang juga salah satu cara Allah nak tunjukkan kasih sayangnya adalah dengan meletakkan rasa cinta dan sayang si suami pada isterinya. Alhamdulillah
110120121174(Anak-anak dan suami sumber kekuatanku – pic ni diambil oleh bibik)
171220111091(Dua lelaki yang penting dalam hidupku kini)
171220111088(Ummi sayang kamu semua)
Haikal sekarang dah semakin bijak, dah pandai tunjukkan apa yang dia suka ataupun tidak. Hari minggu lepas aku ada belikan dia sebuah basikal baru, kesian tengok dia terkebil2 lihat kakaknya naik basikal. Tapi ntah nape dia tak suka, tengok basikalpun terus nangis..sampai sekarang pun cam tu jugak, berkerut2 kening tak nak naik. Suka tengok katun, Upin-Ipin, Sponge Bob dan Wonderpet memang favoratelah. Kalau kia orang ubah chanel siaplah nangis pastu merajuk panjang. Dah boleh meniarap tapi tak kedepan tapi dia akan gulingkan badanya sehingga tempat yang nak dituju.
image(mula2 je suka pastu dah tak suka naik)
22052011348(Suatu hari nanti pasti Haikal boleh berjalan)
23072011523(Anak ummi pun nak main bola)
171220111082(Haikal jugak dah mula suka jalan2 sekarang)
Aisyah tahun ni masih tadika umur 6 tahun. Insyaallah tahun depan masuk darjah satu..aku merancang nak masukkan Aisyah sekolah private asas agama biarlah bayar lebih sikit, biarlah susah nak gi hantar amik yang penting dia dapat asas agama dan harap dapatlah jadi wanita solehah. Aisyah seperti biasa memang seorang petah bercakap dan sangat periang, sebenarnya Allah ni adil dalam duka dia anugerahkan puteri macam Aisyah nak hiburkan hati kami. Satu kelebihan dia ni, dia mempunyai sikap memujuk dan meyakinkan aku bila saat2 aku kesedihan. Tau2 je dia yang aku akan sedih pasal Haikal, dan ayat buat aku tenang bila dia cakap “ummi janganlah sedih..Allahkan ada..Allah bagi sakit..Allah bagi sihat..Aisyah kan ada..” sambil mengusap2 badan belakang aku.
181220111113(Melihat dirimu ummi ceria)
181220111133(Sayang anak ummi)
image(Syukur dikurniakan sepasang cahaya mata yang merawat hati dan menceriakan diri ini)
Oklah rasa setakat ni dulula entry kali ni..lepas ni akan aktif balik menulis..bagi ku menulis ni salah satu medium untuk redakan segala kegelisahan dan kesedihan yang melanda...
Wassalam...
296428_10150276640848037_752643036_7920409_5734483_n(My Soul)